Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Setiap kali munculnya trend baharu di TikTok, ramai yang tidak ketinggalan mengikuti trend tersebut. Kini, trend ‘unboxing by husband’ yang dilakukan oleh pasangan baru berkahwin telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat.

Isu tersebut telah mendapat perhatian Pencetus Ummah (PU) Syed dan beliau tampil bersuara mengenai trend melakukan video ‘unboxing by husband’ atau ‘unboxing pengantin’ yang kini rancak di TikTok.

Menurut PU Syed di Facebook miliknya, beliau menegaskan bahawa kandungan video seperti itu haram dilakukan kerana ia terang-terangan mendedahkan aurat isteri.

Bukan itu sahaja, beliau turut menegur segelintir pengantin baharu yang terikut dengan bidaah dholalah yang bermaksud perkara atau amalan baharu yang tidak ada contoh daripada Nabi Muhammad SAW.

Trend ‘unboxing by husband’ yang memaparkan pasangan baru kahwin menunjukkan suami membantu isteri menanggalkan hiasan dan tudung isteri secara perlahan-lahan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan trend di TikTok pada pautan di bawah ini.

Trend TikTok Anak Muda ‘Salam Dari Binjai’ Ranapkan Kebun Pisang Milik Orang Kampung

7 K-Pop ‘Challenge’ Yang Popular Dan Diikuti Ramai Di TikTok