Tidak dinafikan bahawa drama dan filem Korea memiliki jalan cerita yang berada di luar kotak lalu memiliki penggemarnya di seluruh dunia. Maka, tidak pelik apabila Netflix mahu melabur hampir RM3.1 trilion khas untuk drama dan filem Korea.

Terbaharu, drama Korea Doom At Your Service trending di Twitter. Bagi anda yang tidak menonton drama ini, ia mengisahkan seorang wanita yang sakit bertemu dengan dewa kehancuran tetapi akhirnya hadir rasa cinta dalam diri mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Percintaan yang mustahil ini memberikan pelbagai reaksi kepada penontonnya kerana bukan sahaja fokus kepada cinta tetapi juga nilai kekeluargaan serta bermain dengan emosi apabila kehilangan orang yang disayangi buat selama-lamanya.

Berbaki lagi 3 episod, rata-rata netizen menzahirkan rasa sedih selepas melihat episod 13 yang ditayangkan semalam. Para netizen dapat merasakan perasaan apabila kehilangan orang yang disayangi.

https://twitter.com/kdramassential/status/1406964390914510849

Bukan itu sahaja, para netizen juga mahukan drama ini berakhir dengan bahagia dan bukanlah duka seperti drama sedih Korea yang lain seperti Uncontrollably Bond, Scarlet Heart, Stairways to Heaven dan banyak lagi.

Drama Doom at Your Service ini dibintangi oleh Seo in-guk dan Park Bo-young serta ramai lagi pelakon hebat. Jangan lupa saksikan episod akhir drama ini pada minggu hadapan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa drama yang anda boleh tonton sepanjang ‘total lockdown’ Β dengan hanya klik pada pautan di bawah ini.

7 Drama Korea Paling Popular Di Netflix Sepanjang Tahun 2020

5 Drama Korea ‘Ongoing’ Yang Anda Boleh Layan Sepanjang PKPB Di Rumah

Terlalu Minat Drama Korea, Gadis Ini Cipta Animasi Sendiri Dan Jadikan Dirinya Sebagai Watak Utama