Drama Korea, The Penthouse: War in Life berjaya mencipta fenomena luar biasa di Malaysia dan pengakhiran musim pertama drama tersebut pastinya membuatkan ramai penonton tidak puas hati.

Akhirnya, saat yang dinanti-nantikan telah tiba apabila drama The Penthouse musim kedua akan mula ditayangkan pada hari ini di Korea. Oleh itu, rata-rata peminat menzahirkan rasa teruja dan drama ini menjadi buah mulut netizen ketika ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/eclaatt/status/1362580951012933632

Bagi anda yang tidak menonton drama The Penthouse, ia berkisahkan tentang masyarakat kelas atasan dan juga bawahan yang cuba bersaing dari segi harta dan pendidikan agar berjaya menjadi nombor satu. Bukan itu sahaja, pelbagai konflik sehingga mengakibatkan pembunuhan berlaku dalam drama dan ada yang cuba untuk membalas dendam.

Untuk pengetahuan anda, drama The Penthouse musim kedua ini dikhabarkan hadir dengan 12 episod. Adakah anda sudah teruja mahu menonton drama ini? Apa kata tonton trailer drama ini sementara menantikan ia ditayangkan di kaca TV.

https://youtu.be/-mevlIMfDQU

Buat anda yang terlepas berita berkaitan drama The Penthouse, klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Selepas World Of Married, Drama The Penthouse Pula ‘Trending’ Di Malaysia Dan Ini Sebabnya

Park Eun Seok Curi Tumpuan Netizen Dengan Bawa Dua Watak Berbeza Dalam Drama The Penthouse

Misteri Pembunuhan Belum Terjawab, Netizen Tidak Puas Hati Dengan Episod Akhir The Penthouse