Filem Extraction yang mula ditayangkan di Netflix pada 24 April 2020 mendapat sambutan yang hangat. Pastinya ada yang tidak berpuas hati dan ada sedikit tanda tanya dengan pengakhiran filem tersebut.

Untuk pengetahuan anda, filem Extraction ini padat dengan aksi dan emosi yang pastinya tidak mengecewakan peminat filem aksi. Filem Extraction mengisahkan Tyler, seorang askar upahan yang diupah untuk menyelamatkan anak pengedar dadah terbesar iaitu Ovi.

za4g0030au-lenovo-tab-m10-hd-10-1-inch-tablet
HYPE
Lenovo Tab M10 HD, Pilihan Berbaloi Memenuhi Keperluan Anda Dengan Harga RM725
Baca lagi →

Walau bagaimanapun, misi menyelamat tersebut yang penuh dengan masalah dan bahaya membuatkan Tyler mengimbau kembali masa lalu. Ingin tahu pengakhiran filem ini, kenalah tonton sendiri.

Berikutan sambutan yang hangat, filem Extraction sah akan ada sekuel dimana Netflix berjaya mendapatkan Joe Russo untuk membuat skrip. Lebih mengujakan apabila dikhabarkan skrip filem sekuel Extraction sudah dalam pembikinan. Akan tetapi, tarikh jangkaan filem sekuel tersebut akan ditayangkan masih belum diketahui.

Bagi anda yang belum lagi tonton filem Extraction di Netflix, tontonlah segera dan anda boleh layan dahulu trailer filem tersebut. Sama-sama kita nantikan sekuel filem Extraction ini.

Sementara itu, jika anda tidak tahu ingin tonton apa di Netflix bolehlah pertimbangkan untuk tonton filem The Platform. Klik pautan di bawah untuk ketahui ulasan filem tersebut.

Ulasan The Platform, Filem ‘Mind Blown’ Netflix Yang Trending Nombor Satu Di Malaysia

Selepas 4 Tahun, Filem Sekuel Train To Busan Sah Akan Ditayangkan Tahun Ini

5 Langkah Untuk Menyekat Kandungan Netflix Daripada Ditonton Anak-Anak Anda

Anda Mungkin Suka