Anda pernah tonton siri ‘The Walking Dead’? Jika anda minat dengan siri genre thriller dan penuh aksi yang seperti itu, drama siri terbaru terbitan Netflix, Sweet Home wajib ada dalam list tontonan anda.

Walaupun drama ini baru sahaja ditayangkan pada 18 Disember 2020 yang lepas, namun drama ini telah pun berjaya mendapat tempat keempat siri yang sering ditonton oleh penonton Netflix di Malaysia.

Drama berjudul ‘Sweet Home’ ini mengisahkan tentang seorang budak sekolah yang berumur 18 tahun, Cha Hyun Soo. Beliau telah berpindah ke sebuah rumah pangsapuri selepas seluruh ahli keluarganya maut akibat terlibat dengan kemalangan yang tragik.

Selepas tragedi yang melibatkan keluarga beliau, Cha Hyun Soo terpaksa meninggalkan rumahnya. Namun sejak menjalani kehidupan secara bersendirian, beliau telah menjadi saksi dalam pelbagai kelakuan aneh antaranya dunia diserang oleh sekumpulan raksasa dan manusia yang terkena gigitan akan secara tiba-tiba bertukar menjadi raksasa.

Disebabkan oleh itu, kami telah senaraikan antara sebab mengapa siri ini berjaya trending selepas tiga hari mula ditayangkan.

1. Jalan cerita yang menarik

nz_sweethome_171283
Sumber: The Straits Times

Berbeza dengan drama siri Korea yang sebelum ini, drama ini memaparkan jalan cerita yang menarik malah terdapat jelmaan pelbagai raksasa yang menakutkan. Jika anda peminat tegar siri thriller dan mempunyai ciri-ciri survival seperti ‘The Walking Dead’ atau ‘Stranger Things’ siri ini juga bakal menjadi salah satu siri kegemaran anda.

2. Penghasilan siri sama seperti di dalam komik

AAAABVQK7zqh3dQUlK3Ro6KR5A_derAxeQAfNL92VXsxEskrIJA95Yf6ExEdeTwByGuaxuO4WkpEPtU8HmYjA2M0d3CskG7t
Sumber: Netflix  mnm

Buat pengetahuan semua, siri ini secara aslinya diterbitkan di dalam sebuah komik webtoon, ‘Sweet Home’ yang ditulis oleh Kim Carnby Hwang Young Chan. Pengarah siri tersebut, Lee Eung Bok telah berusaha sedaya upaya bagi memaparkan jalan cerita yang sama seperti yang diceritakan di dalam komik webtoon tersebut.

Menurut laporan yang diterbitkan di Hello Kpop, beliau telah menjelaskan bahawa beliau ingin memastikan bahawa peminat bagi komik tersebut tidak hampa akan hasil drama siri tersebut.

“Saya ingin memastikan bahawa peminat bagi komik tersebut tidak kecewa. Kami telah mencipta drama tersebut dengan mengikuti setiap butiran seperti yang dipaparkan di dalam komik tersebut,” jelas  beliau.

3. Memaparkan raksasa yang menakutkan

3770505-ter
Sumber: GameSpot

Bagi sesiapa yang gemar akan siri yang mempunyai makhluk-makhluk yang menakutkan, siri ini amat sesuai untuk anda. Bukan sahaja paparan raksasa tersebut nampak seakan-akan realistik malah ia juga nampak amat menarik. Walaupun begitu di dalam siri ini, tiada seorang pun tahu dari mana wabak raksasa ini datang dan apa puncanya.

4. Song Kang sebagai watak utama

AAAABZmTdsAddHstfrcgbeAdLsZdPa5z4BrrC39laWXVbyY40uQgAzC0lw7LvZZr3zkYREU9p_-oGEVLPe8clXl_8NogcXVD
Sumber: Netflix

Seterusnya, antara sebab lain kenapa anda perlu tonton drama ini adalah kerana ia dilakonkan oleh pelakon terkenal Korea, Song Kang. Beliau telah memegang watak sebagai Hyun-Soo. Menurut beliau, sewaktu mendapat panggilan yang beliau akan memegang watak utama, pelakon tersebut berasa amat teruja kerana beliau merupakan peminat komik webtoon tersebut.

“Buat pertama kalinya saya berasa gugup apabila ingin menyebut nama Hyun-Soo. Ketika saya melawat bilik bagi watak tersebut, ia kelihatan amat realistik.

“Set pengambaran bagi siri ini amat realistik dan dibuat dengan baik sehingga saya dapat menyesuaikan diri dengan watak dengan baik,” kata Song Kang menurut portal Hello Kpop.

5. Mempunyai kepelbagaian karakter

Sweet Home
Sumber: KakiMuvee

Jika kita lihat drama sebelum ini mesti ramai karakter sampingan yang menjengkelkan bukan? Sama seperti drama yang lain, drama ini juga mempunyai pelbagai perwatakan bagi karakter sampingan sehingga akan menyebabkan kita tak senang duduk sewaktu menontonnya. Sampai kita rasa tidak sabar untuk biar watak tersebut dibaham raksasa tersebut. Jika anda ingin tahu akan kesudahan drama ini, anda perlulah tontonnya sendiri.

Diharapkan sebab-sebab di atas dapat membuat anda berasa lebih teruja untuk menonton siri thriller ini. Mampukah mereka semua keluar dari tempat tersebut dengan keadaan yang selamat? Adakah Hyun-Soo dan yang lain berjaya membunuh kesemua raksasa? Marilah kita sama-sama tonton siri thriller ini!

Berminat dengan siri thriller yang lain? Baca perkongsian kami yang terdahulu mengenai Alice In Borderland, siri ‘thriller’ yang juga berjaya trending di Netflix. Baca pada pautan di bawah.

Alice In Borderland, Siri Thriller Hebat Yang Sedang ‘Trending’ Di Netflix

Selepas Itaewon Class, Ini 5 Sebab Usahawan Muda Perlu Tonton Drama Korea Start-Up