Bagi siapa yang pernah ke Surabaya pasti pernah melihat keindahan dan kebersihan bandar Surabaya. Adakah anda tahu siapa disebalik perubahan bandar Surabaya?

Tri Rismaharini adalah pemimpin di Surabaya yang cukup dikenali dan mendapat perhatian rakyat Indonesia berikutan ketegasannya yang luar biasa. Malah, tindakan beliau yang tegas itu memberikan beliau gelaran pemimpin terbaik ketiga dan memberi kesan positif kepada bandar Surabaya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baru-baru ini,  seorang pengguna Twitter @datukjahat telah berkongsi sedikit sebanyak maklumat berkaitan Tri Rismaharini dan sumbangan beliau kepada bandar Surabaya.

Untuk pengetahuan anda, Tri Rismaharini ini merupakan wanita pemimpin hebat Indonesia selepas Presiden Joko Widodo (Jokowi) berdasarkan kajian dibuat oleh ‘Kajian Pembangunan Bandar-Bandar’ di London, United Kingdom.

Pada tahun 2014, Front Pembela Islam (FPI) pernah memberi gelaran Risma sebagai ‘Singa Betina’ kerana berjaya menutup pusat pelacuran terbesar di Asia Tenggara (Dolly).

Perubahan Surabaya disebabkan oleh Tri Rismaharini

Jika anda pernah ke Surabaya sebelum beliau menjadi datuk bandar, anda dapat lihat perbezaan keadaan sebelum dan selepas. Malah, Surabaya kini tampil lebih bersih dan beratur.

Lebih menarik apabila Tri Rismaharini telah perkenalkan pembayaran tambang bas menggunakan sampah. Malah, mathane daripada sampah telah digunakan untuk menghasilkan eletrik.

Selain itu, terdapat command centre sendiri di Surabaya dimana boleh digunakan untuk menghubungi bomba, polis dan sebagainya.

Sikapnya yang garang dan tegas

Malah, bandar Surabaya membangun disebabkan ketegasan beliau yang berani. Beliau sering dilihat memarahi pekerja-pekerja yang tidak menjalankan tugas dengan betul dan telus.

Berikutan itu, Surabaya kini menjadi antara bandar yang sering dikunjungi setiap tahun kerana keindahan bandarnya yang lebih baik dari daerah Indonesia yang lain. Ini menjadikan peningkatan sektor pelancongan negara tersebut.

Walaupun beliau kuat marah, tapi beliau melakukan kerja dengan telus. Justeru itu, pada tahun 2015 beliau dapat anugerah Datuk Bandar nombor 3 terbaik dunia dari The City Mayors Foundation.

Lihatlah keindahan bandar Surabaya kini hasil sumbangan daripada Tri Rismaharini. Malah, Surabaya kini memiliki 11 taman terbesar dengan pelbagai tema. Ada di antara mereka mempunyai akses Wi-Fi dan perpustakaan serta kemudahan sukan.

Jika anda berpeluang ke Surabaya kelak, anda pasti akan melihat Surabaya dari satu sudut yang berbeza. Tahukah anda Indonesia sah bakal tukar ibu negara ke Pulau Kalimantan? Klik artikel di bawah untuk ketahui lebih lanjut. 

Indonesia Sah Tukar Ibu Negara Ke Pulau Kalimantan

33 Lokasi Awesome Di Indonesia Yang Majoriti Orang Malaysia Tidak Tahu

Sumber