Mencari hartanah yang terbaik di ibu kota boleh dikatakan ibarat satu cabaran. Dengan harga hartanah yang semakin tinggi hari demi hari, kita semestinya mahu mencari hartanah yang mampu memberikan keselesaan untuk didiami dalam tempoh yang panjang.

TRIA Seputeh adalah jawapan untuk anda yang mahukan hartanah di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Terdapat 734 unit untuk dimiliki dengan pilihan keluasan yang pelbagai; daripada 2 bilik hingga 6 bilik. Apa lagi yang menarik tentang TRIA Seputeh?

Jalan Klang Lama merupakan kawasan yang sangat dikenali sebagai salah satu lokasi strategik yang menjadi penghubung kepada Kuala Lumpur dan bandar-bandar utama seperti Petaling Jaya, Bukit Jalil dan Puchong. Di lokasi inilah TRIA Seputeh akan dibangunkan dengan pelbagai kemudahan serta sangat istimewa.

MRCB Land telah membangunkan TRIA Seputeh bagi menyumbangkan nilai tambah buat setiap pemilik TRIA Seputeh. Kami senaraikan keistimewaan TRIA Seputeh yang membezakan hartanah ini berbanding hartanah lain yang berada di pasaran pada ketika ini.

1. Kediaman persendirian eksklusif dan berhampiran dengan pelbagai tarikan

Centre Court Mid Valley Megamall

TRIA Seputeh merupakan fasa eksklusif di 9 Seputeh dan disebabkan ianya terletak di Jalan Klang Lama, apa sahaja yang anda inginkan pastinya berdekatan. Jika anda perlu ke Mid Valley Megamall atau NU Sentral, tidak perlu risau kerana jaraknya tidak sampai sebatu dari TRIA Seputeh. Dekat sahaja.

2. Keistimewaan yang terdapat di ‘Promenade Boulevard’ 9 Seputeh

Tria 3

Promenade Boulevard yang terletak berhampiran projek ‘River of Life’ merupakan kawasan yang indah dan berlandskap untuk para komuniti.

Ianya lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti jogging track untuk para penghuni yang mengamalkan gaya hidup sihat, skatepark tersendiri bagi golongan remaja yang sukakan sukan ekstrim, container kiosk, taman permainan kanak-kanak yang mempunyai reka-bentuk unik dan amfiteater di mana orang ramai dapat mempromosikan bakat-bakat seperti local band atau pertunjukkan seni di sini.

3. Kelebihan Promenade Boulevard

Laluan Promenade Boulevard juga bakal menjadi penghubung antara TRIA Seputeh dengan pusat membeli belah Mid Valley Megamall. Laluan pejalan kaki ini adalah bagi memudahkan penghuni di 9 Seputeh ke pusat membeli-belah, Mid Valley Megamall.

Jika anda biasa ke Mid Valley, anda pasti tahu betapa sukarnya untuk mendapatkan parking ketika di waktu puncak. Jadi dengan adanya laluan pejalan kaki ini, ia akan menjimatkan masa. Selain daripada itu, penghuni di 9 Seputeh juga dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan hanya berjalan kaki ke Mid Valley.

4. Kemudahan khas buat pemilik di TRIA Seputeh

Tria1

Seperti juga bangunan strata lain yang ada di sekitar Kuala Lumpur, TRIA Seputeh bakal dilengkapi dengan 52 kemudahan seperti kolam renang dan gym, lobi khas, private lounge untuk para residen serta akses dan kemudahakan menarik di tingkat rooftop, sesuai dengan gaya hidup anda.

Ditambah lagi dengan pelbagai retail chain yang akan beroperasi di sini dan salah satunya adalah Campus Rangers International School. Campus Rangers International School telah pun beroperasi pada awal Januari tahun 2020. Manakala, 7-eleven akan mula beroperasi pada suku kedua serta SK Mart supermarket dan Ben Maju Bistro pula akan beroperasi pada suku kedua dan ketiga dalam tahun ini.

Dengan adanya pelbagai retail chain yang akan beroperasi tidak lama lagi, penghuni di 9 Seputeh tidak perlu pergi jauh untuk mencari tempat lepak atau makan bersama teman dan keluarga.

5. Akses ke pelbagai lebuhraya untuk mudahkan pergerakan anda

Tria 2

Tidak perlu lagi pening kepala untuk cari laluan paling pantas ke destinasi yang akan ditujui kerana TRIA Seputeh terletak di lokasi yang menyambungkan pelbagai lebuhraya antaranya NPE, Lebuhraya Persekutuan, East West Highway, Lebuhraya Sprint dan Kerinchi Link.

6. Instagrammable spot untuk generasi muda

Tria Seputeh Mural
Hasil Mural yang dilukis cantik oleh pihak MRCB Land

Satu perkara lagi yang menjadikan TRIA Seputeh lokasi hartanah yang hebat adalah kerana kawasan sekitarnya yang cantik, bersih dan selesa. Salah satu usaha MRCB Land bagi meningkatkan kualiti di sekitar kawasan 9 Seputeh ini adalah dengan melukis mural yang epik dan mampu mengubah kawasan ini kepada salah satu Instagramable Spot yang popular.

Tria Seputeh White
Bangunan sekitar yang turut di cat semula oleh MRCB Land

Tidak cukup dengan itu, MRCB Land turut mengecat kejiranan strata berdekatan TRIA Seputeh supaya kejiranan ini menjadi lebih sedap mata memandang, sama seperti yang dilakukan oleh pemaju lain. Bukan sahaja tempat anda selesa, persekitaran anda juga akan turut selesa.

Sekiranya anda mencari hartanah menarik di Kuala Lumpur, TRIA Seputeh adalah perumahan yang paling strategik untuk anda. 30% dikhaskan untuk unit Bumiputera daripada keseluruhan unit yang ada berserta 5% diskaun bagi Bumiputera.

Bagi maklumat lanjut untuk unit di TRIA Seputeh ini, boleh terus ke laman TRIA Seputeh di triaseputeh.com.my dan di talian 03 27877996 atau lebih mudah, anda juga boleh isikan butiran pada form di bawah untuk info lanjut. Semestinya TRIA Seputeh adalah pelaburan terbaik anda di masa akan datang.

‘Alstonia Hilltop Homes’ Perumahan Eksklusif Buat Warga Kota Di Sungai Buloh

Bagaimana Hartabumi Mampu Selesaikan Masalah Penjualan Hartanah

4 Realiti ‘Freehold’ Dan ‘Leasehold’ Yang Patut Anda Tahu Sebelum Beli Hartanah