Kuala Schlumpur telah menjadi salah satu nama baharu sebuah stesen pengangkutan awam di Jerman. Inisiatif ini dibuat adalah untuk memberi kesedaran tentang perubahan iklim yang terjadi di dunia kini.

Perbincangan mengenai pemanasan global sudah berlangsung lama, pelbagai inisiatif dan kesedaran yang cuba dipupuk. Bagi Hamburger Verkehrsverbund (persatuan pengangkutan Hamburg yang menyelaras pengangkutan awam), sebuah keunikan telah dibuat apabila menamakan beberapa stesen awam dengan beberapa tempat yang terkena kesan pemanasan global.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut laporan NDR, Hamburger Verkehrsverbund (HVV) telah menukar nama hentian bas dan stesen metro dengan nama ibu kota di negara yang beriklim panas dalam usaha untuk menarik perhatian orang ramai mengenai perubahan iklim yang sedang dialami dunia.

Antara stesen metro yang terlibat ialah stesen Schlump, yang diambil sempena nama Kuala Lumpur dan ditukar menjadi Kuala Schlumpur.

Jurucakap HVV berkongsi bahawa peningkatan paras laut, kemarau yang panjang dan iklim panas yang melampau turut memberi kesan kepada Hamburg dan tempat-tempat di sekitar Jerman. Oleh itu, gerakan menukar nama stesen, walaupun untuk 3 hari sahaja, adalah sebahagian daripada usaha untuk memupuk kesedaran masyarakat bahawa kesan perubahan iklim ini bakal dirasa oleh semua orang.

Antara stesen lain yang terlibat dalam kempen perubahan iklim ini ialah Balearenfeld (Bahrenfeld), Seychellingen (Stellingen), Havannerbrook (Hammerbrook), Mallermöhe (Allermöhe), Saharalandstraße (Saarlandstraße), São Pauli (St. Pauli), S Casablankenese (S-Bahn Blankenese), Trabrennbahn) Balearenfeld (Trabrennbahn) Balearenfeld (Trabrennbahn) , U Mümmelmannbeach (Mümmelmannsberg) dan Schenefelder La Paz (Schenefelder Platz).

Dalam masa yang sama, sebuah Persidangan Perubahan Iklim yang dikelolakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi tahun 2022 sedang berlangsung di Mesir. Perbincangan ini diadakan di semua peringkat masyarakat termasuk ahli politik dan pemimpin dunia mengenai langkah seterusnya dalam perang melawan pemanasan global.

Menurut BBC, menjelang pertemuan ini, negara-negara terlibat akan diminta untuk mengemukakan perancangan mereka dalam melawan perubahan iklim.

Selain itu, persidangan ini juga menumpukan kepada tiga bidang utama iaitu mengurangkan pelepasan, membantu negara membuat persediaan dan menangani perubahan iklim dan mendapatkan sokongan teknikal dan pembiayaan untuk negara membangun.