Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Selepas 44 penyertaan dari seluruh Malaysia dan beribu undian kemudian, pasukan Hibiscus Tiger dari Universiti Malaya telah dipilih oleh Red Bull Malaysia untuk mewakili Negara dalam pertandingan ‘Can You Make It’ peringkat dunia!

redbull-kapat

Terdiri daripada Lee Jia Wei (Jason), Teh Khe Sin (Kayla) dan Teoh Yeong Chee (Alston), bakal-bakal doctor gigi ini akan mencuba sedaya upaya untuk mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Mereka bertiga sanggup melangkaui batasan demi kejayaan dan kesungguhan mereka itu akan mendorong mereka pergi lebih jauh.

“Kami merupakan trio yang gila-gila dan mempunyai jiwa yang besar untuk mencari dan meneroka keajaiban dunia. Perasaan wanderlust dan keterujaan mendorong kami untuk menghadapi cabaran baru. Kami sudah tidak sabar untuk mengembara dan mengharumkan nama Negara,” kata mereka.

12 April ini, mereka akan menyertai 164 kumpulan pelajar dari seluruh dunia yang lain untuk memulakan pengembaraan Red Bull ini di salah satu daripada 5 checkpoint ini; Barcelona, Florence, Berlin, Edinburgh atau Prague. Jadi kumpulan Hibiscus Tiger ini akan bermula di checkpoint Edinburgh.

Dalam masa seminggu, mereka perlu mencipta laluan mereka sendiri ke 6 checkpoint (paling kurang) di mana mereka akan menerima tugasan yang akan mencabar fizikal dan mental mereka sebelum mereka menamatkan pengembaraan mereka di kota Paris.

Checkpoints ini ada di serata kota-kota ternama di Eropah antaranya Copenhagen, London, Budapest, Geneva, Bordeaux, Venice, Madrid, dan banyak lagi. Semestinya sepanjang perjalanan antara checkpoints itu nanti terdapat banyak cabaran yang mereka perlu selesaikan.

Di awal pengembaraan mereka itu nanti, pasukan Hibiscus Tiger dan pasukan yang lain akan menukar wang, kad kredit dan telefon peribadi mereka sebagai pertukaran dengan tin minuman Red Bull dan gadjet rasmi acara Red Bull ini.

Pasukan-pasukan yang bertanding perlu pandai membuat pertukaran antara tin Red Bull yang mereka ada untuk makan, tempat untuk tidur, transportasi untuk bergerak ke tempat yang seterusnya dan untuk menyempurnakan cabaran. Jadi Tin Red Bull inilah ‘wang’ mereka sepanjang acara ini berlangsung. Ini akan membuat pengembaraan ini menjadi lebih epik!

Pengembaraan yang mencabar dan memerlukan strategi yang hebat ini meninggalkan kita dengan satu soalan; dapatkah mereka sampai ke garis penamat iaitu di Paris?

Markah akan dikira berdasarkan cabaran di setiap checkpoint, melengkapkan tugas yang ada dalam senarai pengembaraan mereka, dan yang paling penting pengikut mereka di social media. Jadi, pasukan Hibiscus Tigers memerlukan sokongan anda!

Jadi, jangan ketinggalan untuk melihat pengembaraan mereka di Red Bull TV dan hantarkan sokongan anda di sana. Setiap ahli pasukan yang menang akan dianugerahkan pengembaraan hebat di Eropah yang ditaja oleh Contiki.

Ketiga-tiga ahli pasukan akan dijemput menjadi Duta Pelancongan Contiki musim panas ini di mana mereka akan mengembara di serata Eropah menikmati keseronokan di destinasi-destinasi kendalian Contiki.

Jom tengok video penyertaan Hibiscus Tiger untuk Red Bull Race ini. Dan jangan lupa untuk ikuti perkembangan mereka di sini. Go go go Tigers!

Anda Mungkin Suka