Salam semua!

Alhamdulillah misi kembara kami untuk menyusuri utara sehingga selatan Thailand telah berakhir ahad lepas. Saya bersama seorang rakan telah meneroka beberapa daerah Thailand hanya melalui laluan train dari utara ke selatan.

Untitled-2-671×455
HYPE
Ini Sebab Utama Wanita Meluat Dengan Lelaki Kaki Kereta
Baca lagi →

Kami pergi naik flight terus ke Chiang Mai lepas tu baru explore dari 1 tempat ke 1 tempat dari utara sampai ke selatan dengan naik train, bas, minivan, songtheaw, teksi, bot, BTS, MRT, jalan kaki (semua rasa, haha). Dalam kembara ni kami tak singgah pulau pun, hanya explore darat je (pulau lain kali).

Harap artikel ni dapat membantu rakan-rakan traveller yang lain serba sedikit info bagi yang merancang nak pergi Thailand. Manatau ada yang nak pergi Thailand tapi masihl tak tau nak pergi area mana. Northern ke? Central ke? Southern ke?

Jadi di sini saya kongsikan beberapa tempat menarik yang kami pergi sepanjang 11 hari di sana.

Untuk bajet trip ni ( tak ada la bajet sangat) pada asalnya kami letak RM1,500 seorang tapi rupanya lebih jimat daripada tu. Total perbelanjaan kami berdua ialah RM 2,273.80 termasuk tiket flight AirAsia (sehala).

Jadi bahagi dua, seorang keluar RM 1,136.90 dan pecahan kasarnya seperti berikut :

1. Pengangkutan: RM1571.35
2. Penginapan: RM307
3. Makan-makan: RM191.35
4. Tiket entrance: RM204.10

Tarikh kembara: 13 – 23 Jan 2016 (11 hari)
Route: KL-Chiang Mai-Chiang Rai-Bangkok-Lopburi-Kanchanaburi-Hatyai-KL

Harga atas ni untuk 2 orang ye. Bahagikan 2 untuk dapatkan harga untuk sorang. Souvenir saya tak masukkan sebab terpulang kat diri masing-masing.

Sebenarnya boleh murah lagi kalau korang tak banyak sangat tempat berjalan. Lagi-lagi tempat yang dikenakan tiket. Kat situ dah boleh cut cost.

Lepas tu kami berjalan banyak tempat, tu sebab kos tang pengangkutan tu besar. Kami jugak ada ambik tour package di sesetengah tempat sebab lebih jimat masa dan kadang-kadang lagi jimat kos dari naik bas atau travel sendiri.

Nak lagi jimat kalau korang mampu makan megi. Tapi kami bila dah sampai sini terus lupa diri kat megi & Brahim’s yang bertimbun bawak.

Terliur nak rasa macam-macam makanan kat sana. Haha. Kalau korang takat nak jalan-jalan area guesthouse je bila travel ke setiap daerah tu bajet lebih kurang RM80 pun lepas.

Info dan tips ada di setiap gambar. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu plan korang ke Thailand. Enjoy!

bercuti-di-bangkok-25

Hari 1 – Chiang Mai

Di hari pertama tak ada apa-apa yang menarik pun. Sampai airport dalam pukul 4pm lepas tu blur-blur sikit. Kami ke information kaunter tanya-tanya dan ambil peta (free je).

Lepas tu survey harga teksi untuk ke Old City. Di Chiang mai kami tinggal di Lanna Guesthouse sebab dia dalam kawasan Old City dan mudah jalan kaki sepanjang Ratchadamneon Rd tu ke Tha Phae Gate serta pasar malam area tepi-tepi jalan tu (10-15 min).

Sebelum ke Old City kami singgah ke Railway Station dulu uuntuk beli tiket ke Bangkok siap-siap takut abis. Jadi kami ambik teksi ke airport (200bath) ke stesen keretapi. Nasib ngam-ngam ada tinggal 2 tiket (boleh baring, aircond, 2nd class – 791bath) untuk ke Bangkok jumaat tu. Fuh!

Lepas tu dah beli tiket kami naik Songtheaw pulak untuk ke guesthouse (100bath). Jimat 100bath sebab teksi tu ambik 400bath ke guesthouse. Lepas check in apa semua kami belek-belek 1 day tour trip ke Chiang Mai dan book untuk esoknya.

Tips:

1. Lanna Guesthouse tak sediakan air panas. Nak masak megi pun tak boleh. Ada wifi, tempat simpan bag. Banyak kemudahan area sini mcm 7E, money exchange, dobi, massage kat sebelah je, berdekatan Wat Phra Singh.

2. Di guesthouse juga ada sediakan khidmat tour trip, tiket bas, flight, sewa motor, songtheaw etc. Semua boleh tanya kat kaunter, dorang akan uruskan. Lepas tu ada tempat korang boleh lepak-lepak, smoking area, makan-makan.

3. Cuaca di Chiang Mai sejuk ala-ala Cameron lagi-lagi belah malam. Boleh cecah 13c masa malam. Yang tak tahan sejuk bawak la sweater ye. Anjing jalanan pun dorang pakaikan baju sebab sejuk.

4. Nak ke mana-mana korang just duduk je tepi jalan. Memang bersepah songtheaw & tuk-tuk boleh hantar korang ke mana-mana. Hati-hati dengan tuk-tuk sebab kuat pau!

5. Chiang Mai adalah stesen terakhir untuk ke utara Thailand. Kalau untuk sleeper ada special express train no 14 (bertolak 17:00) dan train no. 2 (bertolak 18:00) serta express train no.52 (bertolak 15:30).

6. Teksi dorang Toyota Fortuner woo.

Baca: ‘Review’ Jujur Pengalaman Menginap Di Chiang Mai Gate Capsule Hostel Di Thailand

bercuti-di-bangkok-26

Belah malam kami just jalan-jalan sepanjang Ratchadamneon Rd hingga ke Tha Phae Gate. Kemudian cari sim card dan ronda-ronda secara santai je tengok aktiviti masyarakat waktu malam. Tha Phae Gate tempat wajib jalan-jalan sebab ia pintu masuk utama ke Old City.

Sejarahnya dulu Chiang Mai ni sebuah kota dari Kerajaan Lanna di Chiang Rai. Untuk melindungi kota dari serangan tentera Burma, dorang buat tembok tinggi dan gali parit sekeliling kota.

Kawasan dalam tembok tu la yang dikenali sebagai kota lama atau Old City yang kami duduk ni. Panjang sejarahnya. Boleh baca kat tembok tu jika korang ke sini.

Nota dan tips:

1. Sepanjang Ratchadamneon Rd ada peniaga-peniaga jual souvenir. Tak banyak sangat.

2. Tha Phae Gate ada ada pelbagai aktiviti macam jualan, muzuk jalanan dan lepak-lepak.

3. Simcard (tourist package) boleh beli di mana-mana 7E harga 299bath free 1.5G internet 7 hari . Lepas 7 hari boleh topup kat mana-mana 7E untuk unlimited data! Kedai 7E ada di merata-rata.

bercuti-di-bangkok-27

Hari 2 – Chiang Rai

Pagi tu dalam 7 am minivan akan ambil depan guesthouse bawa ke Chiang Rai. Perjalanan dalam 4 jam ke sana.

Dalam minivan akan join sekali pelancong dari negara-negara lain. Kenapa kami amik tour group package? Sebab ikut plan kami, kami hanya ada 1 hari je untuk explore Chiang Rai.

Dan jarak Chiang Mai ke Chiang Rai hampir 200km. Kalau nak naik bas tak kan sempat nak explore in 1 day ke tempat-tempat menarik di Chiang Rai di mana agak jauh antara satu sama lain.

Kalau buat kira-kira balik tak jauh mana pun beza belanja. Entah-entah lagi jimat. Kang naik bas dah sampai sana lagi satu hal nak pikir naik apa pergi jalan-jalan di Chiang Rai.

Jadi tak payah susah-susahkan diri. Ambik je tour package yang berlambak kat sini. Tinggal pilih je.

Tempat pertama yang kami lawati ialah Wat Rong Khun atau White Temple. Wat ni dikira ikon Chiang Rai la. Dibina oleh seorang artis seni atau pemahat ternama Thailand.

Dia guna duit dia sendiri bina wat ni. Ada penceritaannya wat ni. Nak masuk wat ni kena lalu jambatan diibaratkan laluan ke syurga. Putih tu dikatakan warna syurga.

Depan tu pulak ada banyak arca tangan dalam lubang menggambarkan orang yang jatuh dalam neraka dan sedang minta tolong. Dalam wat tu dorang sembahyang ke minta hajat ke apa entah tak tau sebab kami lalu tepi je dan terus keluar. Hanya dengar bunyi loceng dari luar. 1 jam kami habiskan masa kat sini.

Nota dan tips:

1. Kena tutup aurat kalau nak wasuk wat ni. Seluar pendek yang nmpk peha atau seksi-seksi baju tak ada lengan tak boleh masuk wat.

2. Tour package ni siap makan tengah hari. Depan wat tu ada restoran kami akan makan dulu. Sorang akan dapat kad bernilai 80bath untuk beli makanan.

Status agak mencurigakan sebab ada jual lauk babi. Hehe. Jadi kami tak makan, hanya borong beli air mineral je guna kad tu.

bercuti-di-bangkok-28

Sebelah White temple tu jugak ada Golden Temple. Serba serbi warna emas. Dengan2 tandas pun emas gak. Ktrg tumpang bergambar kejap dah le.

bercuti-di-bangkok-29

Lepas tu ke Black House – Baan Si Dum. Aku pun tak tau apehal bawak ke sini. Dalam muzium bukan ada apa sangat. Agak lapang dan gelap yang hanya bergantung pengcahayaan matahari dari tingkap.

Tak mcm muzium-muzium pameran yang biasa tu kita pergi tu. Lepas tu dalam tu ada kulit ular dan buaya kemain panjang atas meja.

Kami keluar ikut pintu belakang ada kawasan lapang. Ada banyak rumah-rumah macam-macam bentuk. Ada gak kandang ular sawa dan burung hantu.

Haa tu jelah. Kat sini kami makan tengahari berbekalkan roti cicah nutella yang bawak dari tanah air. Hehe.

bercuti-di-bangkok-30

Next pergi Long Neck Karen Village. Ha tang ni baru datang semangat sikit. Dari tadi pergi melawat wat je. Suku leher panjang Karen ni mengikut tour guide kami cakap dorang ni termasuk salah satu kaum di Thailand.

Cuma dorang ni minoriti. Setahu aku ada terbaca dikatakan pemerintah Thailand guna dorang ni untuk industri perlancongan. Sebab apa? Sebab dorang ni asalnya dari Burma & berhijrah ke Thailand sebab masa tu ada konflik ketenteraan hujung tahun 80an dulu.

Dorang ni tak ada kad pengenalan dan tak ada hak nak tuntut apa-apa kat pemerintah Thailand. Macam kau nak duduk sini duduklah, jangan cakap banyak. Ha gitu. Kesian kan?

Dorang mula pakai gegelang besi leher tu sejak umur 5 tahun lagi. Bukan saja-saja pakai tapi demi kecantikan dan identiti suku dorang (cantikk?).

Gegelang tu akan ditukar berapa tahun sekali tah bila leher tu dah panjang. Berat gegelang tu boleh mencapai 5kg. Hmmm.

Nota dan tips:

1. Jangan menggatal nak ngorat gadis-gadis situ. Walaupun kecik-kecik tapi banyak dah kawin dan ada anak. Oh!

bercuti-di-bangkok-31

Seterusnya pergi Golden Tringle. Ni gambar atas bot masa lalu Sg Mekong (Hmm ape la yang minah belakang tu tangan dok seluk).

Golden Tringle ni sempadan penjuru 3 buah negara iaitu Thailand, Laos & Myanmar. Dulu Golden Triangle ni tempat jual beli, pengedaran dan penyeludup dadah terbesar.

Khun Sa pernah jadi raja dadah kat sini dan jadi bualan mulut masyarakat sini. Dia membiayai perjuangannya melalui penjualan dadah terutama candu & heroin yang dihasilkan oleh etnik minoriti yang tinggal bertaburan di sekitar sempadan ketiga-tiga negara ni.

Kira dia berkuasa kat sini la. Panjang kisah dia nak expalain. Google la sendiri.

Kat sungai ni juga ada satu tanah yang tak bertuan. Mana-mana negara tak boleh tuntut tanah tu. Di sempadan setiap negara masing-masing ada dibina kasino besar tempat berjudi bertujuan untuk tarikan pelancong katanya.

Nota dan tips:

1. 300bath tiket kalau nak naik bot pusing Sg Mekong ni termasuk singgah ke Laos selama 30 minit. Dapat sekali kupon masuk tandas bernilai 5bath! (terharu)

bercuti-di-bangkok-32

Ni kat Laos! Kat sini kami dibagi masa 30 minit je jalan-jalan tepi tebing sungai tu. Kat sini ada market jual souvenir macam baju, barang-barang kulit, key chain, bag dll.

Kat sini bila dah naik tebing sungai Laos tu kami pergi cari port yang tak ramai orang untuk solat jamak dulu. Sebab sah-sah takkan dorang ni nak singgah masjid pulak.

Waktu pun dah petang nak maghrib. Lepas habis solat tengok-tengok jam ada baki 5 minit lagi sebelum naik bot balik ke Thailand. Tak boleh jadi ni cepat-cepat kami masuk dalam pasar tu cari signboard Laos bergambar dulu. Jadilah. Kiranya ada bukti pergi Laos! Muahaha.

Nota dan tips:

1. Nak masuk market di sempadan Laos ni dikenakan tiket 3bath. Jadah tol!

bercuti-di-bangkok-33

Masa nak balik ke Chiang Mai tu kami singgah ke destinasi terakhir iaitu Hot Spring Boil Egg 980C. Ha gitulah nama kat papan tanda dia. Keluar je van pehhh beku kemain sejuk cuaca kat sini bila malam.

Kat hot spring ni ada macam perigi kaw-kaw asap dengan air tersembur dengan sangat ganas ke udara. Meletop-letop bunyi air dia. Camtu kau nak mandi?

Tapi kat sebelah tak jauh dari tu ada tempat rendam kaki. So kami rendam kaki dalam 15 minit lepas tu sambung naik van balik ke Chiang Mai.

Sampai Chiang Mai kami minta diturunkan kat Anusarn Market. Sini pasar malam paling terkenal kat Chiang Mai. Jual macam-macam souvenir, baju, perhiasan, jam, cermin mata, macam-macam lah.

Kat kawasan ni jugak ada masjid Baan Haw dan Halal Street Hilal Town. Nak cari makanan muslim memang banyak kat sepanjang jalan ni. Kami pekena roti pisang + nutella (50bath) lepas tu sambung jalan-jalan lagi.

Dah jalan-jalan pasar lapar lagi makan nasi lak kat satu kedai muslim kat dalam Anusarn Market tu. Pekerja tu boleh cakap Melayu woo!

Nota dan Tips:

1. Di night market MESTI korang tawar menawar. Sebab dorang memang bukak harga 3 atau 4 kali tinggi dari harga sebenar. Nanti mesti dorang akan kurangkan sikit demi sikit sampai limit harga barang tu. Kalau korang tak ada tawar menawar mereput la bayar mahal-mahal.

2. Di Halal Street Hilal Town ada kedai muslim nama Salemah Restaurants. Tolong cuba nasi biryani ayam kambing dia. Sumpah sedap sangat-sangat dan sangat! Confirm korang akan tambah 2 pinggan.

3. Kalau malas jalan kaki balik ke guesthouse boleh naik je naik tuk-tuk atau songtheaw tepi jalan tu (150b)

bercuti-di-bangkok-34

Hari 3 – Chiang Mai

Ni kami sewa songtheaw (300bath) untuk ke daerah Mae Rim (45 min perjalanan). Jalan-jalan tempat menarik kat situ dan lepas tu terus hantar kami ke stesen keretapi untuk ke Bangkok petang tu. Lepas check out kami bawak bag simpan atas songtheaw siap-siap.

Sepanjang kembara ni kami  tak pernah naik tuk-tuk sebab melalui research baca kat blog-blog banyak sangat kes tuk-tuk pau dan tipu pelancong dengan harga tinggi.

Pemandu songtheaw ni perempuan. Nak ke Mae Rim tu jalan dia berbukit. Bukan main semput songtheaw ni nak naik. Siap kuat bau macam brake pad hangit. Huhu.

Nota dan tips:

1. Nak sewa songtheaw tak payah susah-susah.. Order je kat kaunter guesthouse tu. Dorang akan call & deal dengan harga terbaik!

2. Boleh jugak kalau nak tuggu tepi jalan tu banyak songtheaw boleh sewa separuh hari atau seharian. Cuma kalau tak tau boleh kena tipu. Baik suruh orang guesthouse tu uruskan. Dorang dah tau rate harga.

bercuti-di-bangkok-35

Tadaa! Ni kat Tiger Kingdom. Kat sini korang boleh bergambar dengan rimau. Ada kategori rimau dengan lain-lain harga macam paling kecik, kecik, sederhana dan besar. Makin kecik rimau makin mahal harga dia.

Kami ambik yang saiz sederhana je (500bath). Kalau korang takut nak masuk kandang bergambar boleh je pusing-pusing dalam ni tengok dari luar (250b).

Tiger Kingdom ni tak sama mcm Tiger Temple kat Kanchanaburi yang tok-tok sami dera dan paksa tu. Yang tu macam-macam pertubuhan seperti Care for the Wild banned untuk pergi sebab dorang dah siasat disebalik tabir kekejaman tok-tok sami tu buat kat rimau-rimau tu.

Kat Tiger Kingdom ni rimau-rimau dibesarkan oleh tangan pelatih dorang sejak dari kecil melalui beberapa proses development macam repetition, trust dan lama kelamaan rimau tu akan biasa dengan manusia.

Dorang jugak terang-terang bagitahu harimau kat sini tak diberi dadah macam khabar angin ayng tersebar di luar sana untuk jadikan harimau jinak. Tu sebab ada peraturan ketat sebelum nak masuk dalam kandang untuk bergambar. Kalau tak kena NGAPP!

Nota dan Tips:

1. Tiket masuk saiz harimau paling kecik (700bath), kecik (500bath), saiz sederhana (500bath) dan besar (600bath). lepas tu ada jugak package kalau nak campur-campur saiz. Walk around (250bath) manakala servis fotografi (299bath) per cage.

2. Ada beberapa peraturan ketat nak bergambar contoh bag tak boleh bawak masuk, tripod atau monopod tak boleh, tak boleh duduk depan muka harimau, kamera tak boleh flash, tak boleh belai bahagian dada hingga leher rimau, tak bleh belai perlahan-lahan kena kuat-kuat sbb nanti rimau tu ingat lalat atau nyamuk!

bercuti-di-bangkok-36

Lepas Tiger Kingdom kami pergi Maesa Elephant Camp. Dekat je dengan Tiger Kingdom tu. Kami ambik pakej (900bath) untuk 2 orang tunggang gajah selama 25 minit dan tengok persembahan gajah (300bath setiap sorang).

Sebelum ni tak pernah naik gajah jadi kami naik la. Masa naik tu agak kesian la dengan gajah yang kami naik tu. Masa mendaki bukit tu gajah tu tak nak jalan lepas tu trainer dia tu boleh pulak ketuk kepala gajah tu guna macam sejenis peralatan berbentuk sabit.

Tajam tu woo hujung dia. Ni kali pertama dan akhir naik gajah. Tak sangka pulak dorang kena macam tu sekali. Kesian. Macam mana la dorang boleh dapat ISO 9001:2008 dan The Thailand Standard Camp Award.

Dah selesai naik gajah tu kami tengok show gajah main bola, susun kayu, main dart & melukis. Ada 1 lukisan yang gajah tu lukis dorang jual sampai 6000bath!

Memang lawa gajah tu lukis gambar pokok & pemandangan. Berjiwa seni betul. Dah habis show tu korang boleh bergambar dengan gajah-gajah tu dan bagi dorang makan pisang atau tebu yang ada jual kat situ dengan harga 40bath.

Belalai gajah tu berair macam hingus. Memang geli bila kena belalai masa dia peluk tu.

Nota dan tips:

1. Waktu show gajah hanya ada pukul 8am, 9.40am & 1.30pm sahaja. Sila plan jadual anda.

bercuti-di-bangkok-37

Hari 4 – Bangkok

Tiba di Bangkok selepas perjalanan selama 14 jam dari Chiang Rai. Naik-naik train layan movie kejap. Jam 9pm dah mengantuk terus terlelap. Terjaga pukul 3 am terus tak boleh tidur sampai pagi. Huhu.

Sampai je Stesen Hua Lampong pagi tu kami terus beli tiket train ke Hatyai pulak. Macam tu la plan kami. Sampai je destinasi lain terus beli tiket next destinasi.

Tak payah book awal-awal kat online insyallah tiket ada je. Dah settle semua kami menuju ke MRT Hua Lampong untuk ke Silom tempat penginapan kami (Urban Age) di Silom Soi 8.

Nota dan tips:

1. Dalam train tu ada cafe kalau korang lapar tapi memang harga mahal la.

2. Air panas 1 cup je 50bath! Mahal woo. Dah la tak panas, keras megi aku!

3. Ada soket dalam train untuk cas hp.

4. Peta Bangkok yang lebih lengkap boleh beli kat kedai buku dalam station tu (250b).

5. Di stesen Hua Lampong ada disediakan surau (dengan aircond) yang agak besar dan selesa di antara tengah-tengah platform keretapi tu. Cari bangunan warna hijau putih ada tulis perkataan ‘sembahyang’.

6. Silom kawasan yang strategik untuk menginap sebab ada stesen BTS dan MRT. Pasar malam kat area tu pun meriah. Apatah lagi banyak deretan kedai-kedai urut yang umphh! . Pak lebai pun boleh tanggal kopiah la.

7. Kalau korang jenis nak tidur dorm type tapi yang 1 bilik 2 orang je, kat Urban Age nilah tempatnya. Biasa dorm 1 bilik tu mau kongsi ramai-ramai sampai 10 orang kan? Kat sini ada dorm berdua je. Jadi macam korang sewa double roomlah. Hehe. 1 malam 270bath. Bahagi dua baru 135bath je sorang!

Baca: 6 Strategi Berjimat Sewaktu Travel Di Bangkok, Thailand

bercuti-di-bangkok-1

Disebabkan kami ke guesthouse terlalu awal pagi sangat jadi tak boleh check in lagi. Lepas buat bayaran dengan tak mandi seharian dari semalam kami pakat ke Chatuchak Weekend Market. Orang tempatan panggil JJ market atau Jatujak Market. Beg kami simpan kat guesthouse je.

Chatuchak weekend market ni syurga korang yang suka shopping. Market terbesar di Thailand dengan lebih 8,000 gerai. Segala macam jual kat sini. Memang tak cukup berjalan kat sini kalau 1 hari sebab besar sangat.

Kami sempat cover suku je. Ada 30 bahagian. Setiap bahagian jual kategori barang-barang tertentu. Rasa ramai dah tau pasal market ni jadi tak payah la cerita lebih-lebih kot.

Lagi satu nak bagitau Bangkok tersangat laaaaaaa panas! Lagi-lagi kat sini dengan lautan umat manusia memang berpeluh 1 badan kemain berbahang.

Nota dan tips:

1. Peta Chatuchak weekend market boleh ambil free je kat information kaunter di antara pintu masuk 3 dan 2. Info kaunter ada kat tepi jalan berhampiran tandas di antara section 5 dan 6.

2. Kedai makan muslim berada di Clock Tower. Salah satu kedai nama Saman Islam.

3. Sila pakai pakaian yang ringkas dan nipis sebab kat sini sangat panas dan berbahang.

4. Nama pun weekend market so plan datang sini masa hujung minggu. Kalau tak korang jalan-jalan kat tree market jela jawabnya.

bercuti-di-bangkok-2

Hari 5 – Bangkok

Hari ni kami plan ke Maeklong Railway Market & Amphawa Floating Market. Masa nak beli tiket minivan tu ada tampal kat cermin kaunter tu Station Maeklong tu tutup maintenance 6 bulan.

Pehh memang kecewa la rasa. Memang nak sangat tengok keretapi tu lalu celah-celah pasar tu tapi tak kesampaian.

Nak tak nak kami buat keputusan ke Amphawa Floating Market je. Dalam sejam lebih gak ke sana. Kemain berdesup driver minivan tu bawak. Minivan tu turunkan kami kat shoplot tempat jual tiket minivan betul-betul kat sebelah Amphawa Floating Market.

Lepas tu jalan kaki je masuk dalam tu. Kami tak ada pasang niat dalam hati pun nak naik perahu atau bot ronda-ronda atas market tu. Hanya nak tengok-tengok budaya dorang je.

Dah abis jalan-jalan sekeliling Amphawa Floating Market tu kami decide nak ke Maeklong Railway Market gak. Walaupun tak ada keretapi lalu tapi mesti pasar tu ada.

Jadi kami pergi balik ke tempat turun minivan tu dan naik songtheaw je ke Maeklong Railway Market tu. Dekat je dalam 15 minit je perjalanan. Nak naik songtheaw kena tunggu kat bus stop betul-betul depan shoplot tiket minivan tu. Lintas jalan je tunggu depan tu.

Nota dan tips:

1. Untuk ke Amphawa Floating Market dari Bangkok naik BTS ke Victory Monument. Turun bawah stesen tu cari kedai pengedar Suzuki dan jalan depan sikit ada perkhidmatan minivan. Tiket ke Amphawa Floating Market 80bath.

2. Tambang songtheaw dari Amphawa Floating Market ke Maeklong Railway Market hanya 8bath sahaja.

bercuti-di-bangkok-3

Tadaa sampai dah di Maeklong Railway Market! Masa turun dari songtheaw tu kami tanya driver tu mana jalan nak ke Maeklong Railway Market. Dia tunjuk celah lorong shoplot depan tu sikit untuk masuk dalam tu.

Kat sini macam pasar basah. Jual daging, sayur, ikan, ayam, bawang, babi, kelapa. Betul-betul macam kat pasar basah tu la. Laluan memang agak sempit betul-betul besar rel keretapi tu je orang lalu lalang.

Masa kami lalu tu masa tu jugak la ada anjing nak lalu dari belakang. Terpaksa kami masuk celah-celah kedai orang bagi anjing tu potong dulu. Cis! Orang kat situ senyum je tengok kami takut anjing.

Lepas dah abis lalu pasar tu kami lepak kat area pangkal pasar tu seperti gambar atas ni. Kami lepak sejam gak sambil bergambar dan keluarkan bekalan makanan tak lain tak bukan roti bercicahkan nutella sebagai lunch.

Dah abis lunch semua ktrg naik songtheaw ke area minivan drop tadi beli tiket & balik ke Bangkok semula. Sampai Bangkok kami naik BTS ke Ratchatewi untuk solat kat masjid sana.

Malam pulak jalan-jalan kat pasar malam di Lumpini Park. Kebetulan ada Tourist Festival 2016 memang sesak habis sebab masa ni last day festival tu. Jadi semua makhluk di Bangkok turun situ jalan-jalan.

Nota dan tips:

1. Maeklong Railway Station maintenance 6 bulan sampai April. So memang tak ada la train lalu kat pasar tu sampai April ni.

2. Di Bangkok ada masjid di area Ratchatewi di jalan Soi Petchaburi 7. Kat sini macam komuniti muslim Bangkok berkumpul. Ada beberapa shoplot kedai makan muslim macam Farida Fatornee, Madena Restaurant, KOB tomyam kepala ikan dan gerai-gerai jalanan lain di sepanjang pintu masuk utama masjid tu.

3. Tomyam agak hambar di Medina Restaurant. Restaurant Yana di MBK gak paling sedap!

bercuti-di-bangkok-4

Hari 6 – Lopburi

Hari ni ke Lopburi. Kami naik train no.201 pukul 9.25am di lane no.8. Harga tiket hanya 28bath untuk 3jam perjalanan tu. Lebih kurang RM3 la gitu.

Mana nak dapat kat Malaysia jalan jauh macam tu bayar 3 hengget! Train ni 3rd class so tak ada nonor tempat duduk.

Rebut-rebut la duduk siapa cepat dia dapat. Lepas tu open air with fan je. Kipas dia tu statik je tak berpusing. Dalam train ni banyak la makcik pakcik akan lalu lalang setiap masa jual makanan & minuman.

Panasnya dalam train ni ya ampun memang berpeluh tak ingat sepanjang ke Lopburi tu. Memang panas sangat Bangkok ni jauh betul beza dengan Chiang Mai.

Kat Malaysia pun rasanya tak sepanas macam ni kalau jalan-jalan kat KL tu. Dah la train ni gerak bukan main slow umpama siput sedut lepas tu banyak berhenti satu station ke satu station. Memang merana la kami sepanjang ke Lopburi tu nak tunggu sampai. Huhu

bercuti-di-bangkok-5

Yeah sampai jua di Sunflower Farm! Tudiaaa seriouslyyy panas ya amat! Diulangi panas giler!  Tak sesuai siapa-siapa yang ada bawak baby tu. Masa kami datang ni memang matahari betul-betul terpacak atas kepala.

Peluh mengalir laju satu badan. Tapi nak bergambar punya pasal terpaksa ku redahi. Hihi. Sebenarnya sunflower farm yang biasa tourist pergi tu dah tutup sebab dah kena tuai buat kuaci.

Jadi masa kami pergi kebetulan ada 2 orang rakyat Malaysia gak nak pergi sunflower farm ni. Kami pakat sama-sama ambik teksi sapu kat luar stesen tu pergi sana.

Driver tu bawa kami kat satu tempat lain yang masih ada sunflower. Kat farm ni memang kami je masa tu tak ada orang lain. Haha. Walaupun time datang ni pokok bunganya tak setinggi manusia tapi syukur masih ada sisa-sisa sunflower lagi. Dah datang dari jauh oi.

Nota dan tips:

1. Musim sunflower ni hanya dari Nov – Jan sahaja. Sila plan trip anda.

2. Kat farm ni mmg kaw-kaw punya panas. Pakai baju nipis & serap peluh.

3. Tak digalakkan pakai baju berwarna putih sebab debu-debu bunga matahari tu melekat kat baju. Lepas keluar dari farm tu baju & seluar akan bertompok-tompok kuning.

Baca: 8 Destinasi Menarik Dengan Harga Bajet Yang Boleh Dikunjungi Di Thailand

bercuti-di-bangkok-6

Lagi belanja gambar kat sunflower farm ni. Kemain seronok masuk celah-celah pokok bunga tu. Lepas keluar dari situ ambik kau menggaru lengan sampai merah-merah kemain gatal. Dah balik ke station terus cari toilet basuh lengan dengan sabun baru okey sikit.

bercuti-di-bangkok-7

Because in Lopburi, cross the road is too mainstream. Sebab depa kat sana memang lintas rel keretapi je. Budak-budak sekolah lepas balik sekolah siap duduk melepak la atas rel ni reramai sambil tunggu train nak balik umah. Ni kat Malaysia mau kena saman!

bercuti-di-bangkok-8

Kat sekitar Lopburi tu banyak tinggalan runtuhan kuil-kuil lama peninggalan kerajaan purba Khmer serta beberapa empayar lain seperti Dvaravati, Sukhothai dan juga Ayuthaya.

Yang atas ni kuil Phra Prang Sam Yod. Memang kemain banyak monyet kat sini. Penduduk setempat percaya bahawa monyet membawa nasib baik dan dorang akan buat macam pesta tahunan Monkey Buffet Festival untuk menghormati mereka.

Monyet-monyet tu akan diundang ke kuil ni dan disediakan makanan macam buah-buahan, biskut & air coke. Sebab tu Lopburi ni juga digelar ‘The Monkey City’.

bercuti-di-bangkok-9

Yg ni pulak tinggalan runtuhan Wat Nakhon Kosa. Macam dah ala-ala kat Rome gitu!

Nota dan tips:

1. Sesetengah wat dikenakan bayaran untuk masuk. Macam wat  kat gambar kat atas ni free. Tapi wat gamba sebelum ni dikenakan bayaran 50bath kalau tak silap.

bercuti-di-bangkok-10

Hari 7 – Kanchanaburi

Hari ni kami ke Kanchanaburi. Ni penginapan kami VN Guesthouse. Naik bas je ke sana dalam 2 jam. Lepas checkout guesthouse terus ambik teksi ke Southern Bus Station. Orang tempatan panggil Sai Tai Mai baru faham. Dah sampai stesen Kanchanaburi tu kami call VN Guesthouse tu suruh datang jemput. Dalam 10 min songtheaw datang jemput kami dan tambang VN tu bayarkan.

Yang menarik kat VN Guesthouse ni, bilik dorang ala-ala rakit atas sungai. Harga pulak sangat murah 300bath semalam. Kalau bahagi dua baru 150bath sorang!

Kami ambik raft room with fan + hot water (sebab ingat kat sini sejuk sebab ada baca satu blog tu padahal panas membaraaa). Bila ada bot lalu kat sungai ni bilik akan goyang-goyang la gitu. Boleh duduk kat luar sambil layan angin tepi sungai tu sambil tengok ikan lalu.

Nota dan tips:

1. Harga tiket dari Southern Bus Station ke Station Kanchanaburi 110bath. Bas no.81 di platform 10. Kekerapan bas setiap 20 min mula 4.00am – 10.00pm.

2. Kalau naik teksi di Bangkok nak ke bus station cakap ‘Sai tai Mai’. Cakap Southern Bus Station jenuh dorg blurr.

3. Dalam bas ada pramugari macam AirAsia tu. Padahal kerja dia check tiket dan bersihkan sampah dalam bas je. Hehe

4. Harga bilik di VN Guesthouse berbeza mengikut view dan kemudahan yang ada dalam bilik tu. Boleh rujuk di website dorang untuk harga bilik.

5. Ada disediakan tour package tempat-tempat menarik di Kanchanaburi, ada restoran tempat nak makan, ada air panas, wifi, sewa motor dll. Owner dia sangat peramah! Highly recommended!

bercuti-di-bangkok-11

Malam tu kami just ronda-ronda area sekitar guesthouse. Dalam kol 9pm lebih banyak kedai tutup dah. Macam mati sikit ala-ala lalu zombie city. Night market pulak tutup kol 8pm.

Yang menarik kat area sini semua caj urut murah 50bath berbanding di Bangkok & Chiang Mai. Contoh foot massage 250bath, kat sini 200bath je.

Ada le banyak pub-pub kecik tepi jalan je yang bukak. Yang banyak melepak sini semua mat-mat salleh tua. Yang lagi pelik sepanjang jalan ni bersepah kedai farmasi. Jalan selang 100m ada farmasi, jalan depan lagi ada farmasi. Sampai bertentangan kedai farmasi pun ada. Ramai orang sakit pe kat sini?

Nota dan tips:

1. Ada 2 kedai 7E kat kawasan sini, bookstore, pasaraya mini, cyber café etc.

2. Ada 1 je gerai muslim jual rotee tepi jalan.

3. Hati-hati banyak sangat anjing di tepi-tepi jalan. Tapi tak ada la kejar orang.

bercuti-di-bangkok-12

Hari 8 – Kanchanaburi

Untuk hari ke 8 kami pergi ke Erawan National Park. Kalau korang jenis yang menghargai alam semulajadi, sini adalah tempat wajib pergi! Kat sini ada 7 peringkat air terjun hijau seakan akan zamrud.

Gambar ni air terjun tingkat ke dua. Memang cantik sangat banyak ikan-ikan kat situ. Mat-mat salleh rilex je mandi dengan ikan-ikan tu. Ikan tu kalau korang celup kaki dia akan makan sel-sel kulit mati kaki korang tu. Tapi kalau berenang dia tak kacau lak.

Jarak perjalanan dari pintu masuk nak sampai ke air terjun ke-7 lebih kurang 2km. Jalan perlahan-lahan tak rasa penat pun. Mat salleh rilex je hiking pakai spender selai. Settle!

Nota dan tips:

1. Digalakkan pakai kasut sebab laluan konkrit sampai tingkat ke-4 je tak silap. Pastu laluan batu-batu dah.

2. Di tingkat 2 ada pejabat renjer. Korang yang bawak botol air plastik kena tinggalkan kat sini atau boleh je bawa tapi dikenakan deposit 20bath bagi setiap botol tadi tu. Dah turun tunjukkan balik botol tu dapat duit balik.

3. Kat sekitar pejabat renjer tu juga ada tandas dan tempat mandi untuk korang salin baju. Jangan lupa bawa baju spare & tuala!

bercuti-di-bangkok-13

Ni pulak air terjun tingkat ke-6. Makin tinggi makin kebiru-biruan air dia. Batu-batu kat bahagian atas ni mcm diselaputi sulfur. Tu pasal dia putih-putih ja bahagian atas ni.

Nota dan tips:

1. Hati-hati sebab licin batu-batu kat sini. Aku dah tergolek!

bercuti-di-bangkok-14

Death Railway. Kami sampai sini dalam pukul 3pm. Sempat jalan-jalan kat rel ni dalam sejam. Sebab pukul 4pm train akan lalu atas rel ni.

Death Railway ni wajib korang lawat bila ke Kanchanaburi sebab banyak sejarah pasal rel ni.

Death Railway ni juga dikenali sebagai The Burma-Siam Railway atau The Thailand-Burma Railway. Panjangnya sejauh 415km melalui Ban Pong, Thailand & Thanbyuzayat (Myanmar).

Kenapa dipanggl Death Railway? Ada sejarahnya tapi nak diringkaskan masa proses pembinaan landasan ni ratusan ribu pekerja mati. Dianggarkan 90 ribu buruh paksa & 12 ribu tawanan perang British, Australia & Belanda telah mati dan diseksa dengan kejam oleh tentera Jepun! Landasan ni pulak dibina di lembah & lereng bukit yang sangat bahaya. Tu pasal la banyak mati.

Nota dan tips:

1. Kat sini sangat-sangat panas matahari terik membakar kulit. Pakai pakaian longgar, sun block ke, spec hitam ke ikut korang la.

2. Pastikan korang rancang untuk datang sini dalam pukul 3pm. Jadi korang ada masa jalan-jalan atas rel ni sebelum naik train pukul 4pm lalu atas rel ni.

3. Tak digalakkan untuk orang gayat. Hati-hati melangkah sebab kalau tersilap langkah maut mengundang. Kalau jatuh ke bawah sah meninggal.

bercuti-di-bangkok-15

Pemandangan dari Death Railway ni. Nampak tak jarak lubang-lubang antara celah struktur kayu rel tu. Kalau tak hati-hati boleh tersangkut atau jatuh ke bawah!

Nota dan tips:

1. Jangan meniru aksi ini. Hanya yang professional sahaja dibenarkan. Kekeke.

bercuti-di-bangkok-16

Pukul 4pm train akan lalu atas railway ni. Jadi kena cepat-cepat tunggu kat Stesen Thamkra Sae untuk naik train melalui Death Railway ni lepas tu turun kat Stesen Wan Sing. Ada la dalam 30 min perjalanan.

Sangat cantik view sepanjang lalu atas ni. Driver train tu akan bawak train perlahan je atas railway ni supaya tourist dapat tengok pemandangan dan merasai pengalaman tersebut!

Nota dan tips:

1. Sila pastikan di atas train anda duduk di belah kanan untuk dapatkan view yang cantik. Belah kiri tu tengok lereng bukit jela jawabnya.

bercuti-di-bangkok-17

Next kami ke River Kwai Bridge! Jadi ni sebahagian dari Death Railway tadi tu. River Kwai Bridge ni dibina bagi membolehkan train menyeberangi Sungai Kwai.

Dulu sini memang kerap kena serangan bom masa perang dunia ke 2 tapi dibina semula lepas perang tamat. Sebab tu bahagian depan nak masuk River Kwai Bridge ada replika bom atom 2 biji dorang bina bagi mengingatkan tragedi tersebut.

Nota dan tips:

1. Digalakkan datang pukul 5pm ke atas untuk tengok matahari terbenam. Memang lawa! Kat sini maghrib pukul 6pm ye.

bercuti-di-bangkok-18

Hari 9 – Bangkok

Hari ke 9 kami balik ke Bangkok semula. Tidur semalam kat sini sebelum ke Hatyai esoknya. Jadi santai-santai jela pergi jalan-jalan kat Siam Paragon, Siam Discovery dan ke MBK makan tomyam kat The Fifth Food Avenue.

Lepas tu kami jalan-jalan kat pasar malam area The Platinum Fashion Mall. Ni kali ke dua kami pergi sini. Sebab apa? Sebab pasar malam kat sini special sikit dari tempat lain.

Barang-barang atau souvenir kat sini majoriti custom made. Dorang buat live depan mata korang. Ada selipar, baju, bag, topi, keychain, casing hp custom made boleh tulis nama atau ukir apa-apa saja. Contoh macam selipar korang boleh pilih nak tapak warna apa, lepas tu tali dia tu warna apa. Leas tu dorang akan pasang kat situ jugak.

Nota dan tips:

1. Tawar menawar mesti ada setiap kali nak beli di pasar malamt. Dorang memang bukak harga tinggi untuk pelancong. Kebiasaanya dorang akan bagi korang kalkulator untuk tekan jumlah yang korang nak beli.

Jadi korang hentam tekan serendah mungkin!

2. Nak ke Siam Paragon, Siam Discovery, Siam Center, Siam Square naik BTS atau MRT turun kat stesen Siam.

3. Nak ke MBK naik BTS turun di stesen National Stadium. Boleh je kalau nak berjalan dari Siam tu.

4. Nak ke Platinum lak naik BTS dan turun stesen Ratchathewi. Lepas tu jalan kaki dalam 15 min.

bercuti-di-bangkok-19

Hari 10 – Bangkok

Tiket kami ke Hatyai belah malam pukul 10.50pm. Jadi siang tu kami ambik peluang jalan-jalan tengok bandar Bangkok dengan menyusuri Sg. Chao Phraya naik bot.

Nak naik bot kami ambik tiket One Day River Pass (150bath). Kelebihan pass ni kami boleh naik bot unlimited nak ke mana sahaja jeti sepanjang Sg. Chao Praya tu. Naik turun jeti berapa ratus kali tak kisah pun. Janji dalam 1 hari tu je dari pukul 9.30am – 7.30pm.

Korang jugak akan dapat 1 buku travel guide beserta peta laluan bot dan tempat-tempat menarik berhampiran setiap jeti. Ada 13 jeti semuanya dan korang boleh turun setiap jeti lepas tu explore tempat-tempat menarik di sekitar jeti tu.

Lepastu dah selesai korang pergi kat jeti tu balik dan naik bot pergi ke jeti seterusnya. Macam tu lah seterusnya sampai korang tak larat!

Atas bot tu akan sentiasa ada tourist guide bertugas untuk bagi penerangan kat penumpang mengenai bangunan-bangunan sekeliling tu.

Nota dan tips:

1. Nak ke Chao Phraya Tourist Boat ni korg naik BTS dan turun kat stesen Saphan Taksin. Bawah stesen tu je jeti dia. Kat sini terletaknya Central Pier iaitu jeti utama dan tempat beli tiket.

2. Beli lar 1 day river pass (150bath) untuk menikmati tempat-tempat menarik di sekitar Sg. Chao Phraya.

bercuti-di-bangkok-20

Hari 10 – Bangkok

Antara tempat-tempat kami lawat masa turun di setiap jeti. Ni Phra Sumane Fort. Nak ke sini turun kat jeti Phra Arthit (no.13). Keluar jeti belah kiri dalam 100m sampai dah.

Kat jeti pun ada market kat celah-celah lorong masa nak keluar ke main entrance. Memang akan lalu pun.

bercuti-di-bangkok-21

Ni The Grand Palace. Kira landmark untuk Bangkok ni. The Grand Palace ni dia merupakan kombinasi kediaman raja, pusat pentadbiran dan keagamaan kerajaan Thai sejak zaman dulu.

Tu pasal dalam ni ada istana raja, chandi dan kuil bagai, monumen-minumen dan dewan-dewan bangunan yang besar-besar. Kat sini memang sangat sesak dengan pelancong yang kebanyakan dari China.

Pintu-pintu masuk askar yang jaga. Hurm tak terasa teruja pun kat sini. Huhu

Nota dan tips:

1. Nak ke sini turun di jeti Maharaj (no9).

bercuti-di-bangkok-22

Masa ni dalam train jenis Special Express (train no.41) Bangkok-Hatyai. Kami gerak pukul 10.50pm dari Stesen Hua Lampong dan sampai di Stesen Haadyai 15 jam kemudian lebih kurang pukul 2pm.

Tidur bangun tidur bangun tidur bangun tak sampai-sampai gak. Huhu. Layanan macam dalam kapal terbang siap ada pramugari, makanan, selimut semua! Rasa semua dah tau kot.

Nota dan tips:

1. Tiket ni termasuk makanan supper, breakfast & lunch. Makanan insyallah halal sebab ada logo halal.

2. Bawak la bantal tengkuk tu untuk tidur yang lebih selesa! Beli yang boleh tiup tu je.

bercuti-di-bangkok-23

Tadaa akhir sampai di Stesen Haadyai. Keluar je dari train ni memang agak rimas sebab banyak pemandu tuk-tuk dan ejen-ejen tiket dok ikut tanya nak pergi mana, nak bawak tempat beli tiket bas la. Lepastu tak habishabis sebut ‘Malaysia Malaysia Malaysia buy ticket there. Come’. Memang rimas huhu.

Kat Hatyai ni kami tak tidur pun hanya singgah jalan-jalan je sementara nak tunggu bas balik ke KL.

Tiket bas kami beli tiket paling terakhir skali pukul 7pm. Jadi ada masa untuk kami pusing-pusing kat bandar Hatyai ni. Lepas tu kami tumpang mandi kat stesen ni & solat.

Nota dan tips:

1. Ada surau kat stesen ni. Kecil dan berbau. Macam tak terjaga. Surau laki dan perempuan dia macam 1 bilik sebelah-sebelah cuma dipisahkan oleh partition je.

Jadi boleh dengar anpompuan kat sebelah bunyi nak muntah. Tak tahan bau busuk kot! Haha.

bercuti-di-bangkok-24

Last! Ni kami jalan-jalan cari makan kat area Kim Yong Market. Kim Yong Market ni sebuah pasar yang jual macam-macam dari makanan, baju, batik, buah-buahan, ubat-ubatan hinggalah barang-barang kulit dan perhiasan.

Kat Hatyai tak payah cerita dah memang berlambak kedai muslim dah. Merata -rata ada. Kami sempat pekena biryani ayam (50bath) dengan tea ais (20bath).

Dah jalan-jalan cuci mata beli serba sedikit souvenir kami pekena mangga pulut pulak kat Maliam Restaurant. Peh pulut dia memang syahdu ditambah pulak mangga dia dalam portion yang besar.

Harga agak mahal 80bath woo sepinggan. Ingat pekena pulut mangga kat sini lagi murah dari Malaysia. Tapi janji sedap tak kisah!

Dah abis makanan kami tunggu kat Thai Good Coach Sdn. Bhd tu dan naik bas. Sampai BTS lebih kurang hampir pukul 5am. Sekian tamat!

Baca lagi:
Itinerari Bajet Untuk Trip 4 Hari 3 Malam Ke Koh Lipe, Thailand

Artikel di atas disumbangkan oleh Muhammad Arif. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka