Salam. Selepas lebih sebulan dua minggu aku dan sahabat sekampung aku, Hilmi mengembara dari Dungun, Terengganu ke Eropah, hari ini baru berkesempatan menulis berkongsi pengalaman dan tips sepanjang 9 hari 8 malam kami bermusafir. So here it goes:

Menang tiket penerbangan MAS

Seperti yang aku pernah cerita, Alhamdulillah tiket penerbangan aku ditaja oleh Malaysia Airlines sebab aku menang contest #MHWishComeTrue, so aku dapat dua keping tiket ke mana-mana destinasi Malaysia Airlines.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tapi mungkin tak pernah aku kongsi sebelum ni, tiket tu not entirely free. Aku tetap kena bayar cukai lapangan terbang (Airport Tax) dan harga cukai ni lebih kurang RM700+ per person, return tickets. Walaupun agak tinggi, tapi bila fikir balik RM700 return tickets to London dah boleh kira murah sangat lah tu.

Dan disebabkan Ma aku (Mama aku) memilih untuk taknak pergi, member travel aku, Hilmi gantikan tempat dia dan sanggup bayar untuk tiket tu dua bulan sebelum pergi. Dua bulan sebelum pergi baru nak merancang trip ni, bukan senang sebenarnya.

Aku ingat lagi Hilmi datang rumah Raya Kedua semata-mata nak bincang perjalanan. Masa tu pun kami masih clueless negara apa yang kami nak pergi. Thankfully, kami memang sependapat yang kami memang nak akan “Touch-N-Go” ke negara-negara yang kami nak pergi and cuba nak cover sebanyak negara yang boleh dalam masa 9 hari (cuti sekolah).

Maka trip kami nanti adalah: DUNGUN – KUALA LUMPUR – LONDON – PRAGUE – VIENNA – ZURICH – ISTANBUL – COPENHAGEN – MANCHESTER – LONDON – KUALA LUMPUR

Dan kami pun setuju taknak pergi ke negara yang cliché macam Paris dan Amsterdam dan nak cuba jelajah negara-negara yang rare sikit kat Eropah macam Prague dan Vienna. Haha well, tak ada lah rare mana.

So, tips pertama, nak cari geng travel kena yang sekepala. Yang jenis tak leceh, boleh tidur surau, tidur kat lantai airport anytime anywhere asal jimat. Kahkahkah.

Penting juga cari orang yang penyabar, quick thinker dan jenis easy going sebabnya kita akan habiskan masa agak lama dengan travel gang kita tu. Aku syukur aku pergi dengan Hilmi. Sebab apa? More on that later.

bercuti-di-istanbul-1

bercuti-di-istanbul-2

bercuti-di-istanbul-3

Pengangkutan

Dalam perancangan trip kami, ia bermula dengan negara yang kami wajib pergi. Kami plan nak sambut Hari Raya Aidiladha di Istanbul, jadi kami pastikan 1 September tu kami ada di Istanbul. Kami check tiket dari Zurich, Switzerland ke Istanbul harga dia RM180 saja. Kami beli tiket ni dua bulan je sebelum pergi. Tips kedua, nak beli tiket flight murah di Eropah, kami pakai website cheapflights.com.my.

Paling best pasal website ni, dia ada pilihan “Check Nearby Airports” untuk banding harga tiket yang lebih murah. Cumanya, kena beringat la airport mana yang kita pilih.

Jadi kami try and error route negara mana yang kami nak pergi ikut preference sendiri. Macam Hilmi nak pergi Stadium Anfield, jadi kami ambik route ke Manchester terus dari Istanbul instead of London so that boleh naik bas lagi dekat.

Kami pun sengaja ambil transit di Copanhagen lama sikit boleh lah ambil-ambil gambar sekitar airport dulu walaupun tak keluar. Kemudian, ada masa yang kami ambil bas (Prague – Vienna) sebab harga lebih murah.

Bas kami naik agak murah, dan dia bagi free beverage (The best hot chocs I’ve tried in Europe was in the bus haha), ada plug nak charge phone dan paling penting, FREE WIFI kahkahkah.

Pengangkutan awam paling terbaik pernah kami naik ialah masa kami gerak dari Prague ke Zurich, Switzerland. Kami menaiki Eurotrain, dan perjalanan sangat selesa kerana kami duduk dalam kabin untuk hanya kami berdua, kerusi boleh tidur dan ada plug.

Pemandangan sepanjang di perjalanan, terutama di Switzerland, memang menakjubkan. Sepanjang pengalaman belajar di New Zealand, aku ingatkan aku dah tengok pemandangan paling cantik di NZ. Wow. Switzerland jauh lagi cun dari New Zealand.

Pengalaman bangun tidur pukul 6.30 pagi tengok pemandangan bukit bukau menghijau, tak boleh nak ungkap dengan kata-kata. So, a good choice lah sebenarnya pilih naik train untuk travel ke Switzerland. Selain dari tu, kami banyak naik Uber je sepanjang kami travel dalam satu-satu negara, selain berjalan kaki. Pengangkutan untuk negara-negara kami pergi selain KL-London return tu boleh lah kami letak sekitar RM2000.00.

bercuti-di-istanbul-4

bercuti-di-istanbul-6

bercuti-di-istanbul-5

Penginapan

Kami memang rancang dari awal untuk jimat, jadi kalau ada hostel pun kami tak kisah. Cuma awal-awal kami dah rancang nak menginap cara mewah sikit (seaview room) di Istanbul jadi kami sediakan duit siap-siap kat sana, tapi tak mahal pun, serius.

Kebanyakan tempat menginap kami tempah pakai booking.com sebab tak payah bayar masa tempahan dibuat, bayar bila dah sampai sana lagi senang sebab kami pakai matawang berbeza. Traveloka pun nice juga sebab ada promo huhu.

Nak dijadikan cerita, kebetulan ada tawaran dari satu agensi ini untuk satu rumah tumpangan di London (nama agensi dirahsiakan demi kemaslahatan ummah) dengan harga yang agak berpatutan. Mereka minta kami isi borang dan scan, bagitau semua details tarikh, berapa orang dll.

Aku isi, scan dan hantar. Lepas tu diam. Jadi, kami anggap perjanjian sudah dibuat sebab dia sudah maklumkan awal-awal tarikh yang kami nak pergi tu rumah tu ada kosong. Masa kami sampai ke London tu dah menjelang petang dan kami pergilah ke rumah tumpangan tersebut.

Turns out, tak ada siapa pun tunggu kami di sana. Literally, no one. Kami tunggu di luar rumah tu sampai maghrib, thinking that they might go out for dinner ke apa. Sejam lebih kami tunggu, tiada khabar berita.

Nombor telefon pun tiada untuk kami hubungi. Marah toksah cakap. Satu-satunya cara yang kami ikhtiar, email kembali pada encik wakil agensi tersebut. Disebabkan terlalu lama menunggu, kami pun membawa diri ke Malaysian Hall London dan tinggal di sana.

Maaf kalau menegur, tapi keadaan bilik kami agak mendukacitakan, bilik seperti asrama sekolah, tiada tv, tiada kipas atau aircond dalam bilik (kami pergi ketika musim panas). Kami merungut kerana harga yang dikenakan agak tinggi untuk kami bayar, tapi servis yang disediakan tidak setimpal dengan harga yang diberi.

Harga asal lebih murah namun baru dinaikkan awal tahun ini, tapi nampaknya servis masih tahap yang sama. Bukanlah niat kami untuk menjatuhkan, tapi diharapkan ada penambahbaikan.

Oh sebelum terlupa, wakil rumah tumpangan agensi tersebut ada memaklumkan kepada kami yang mereka meninggalkan kunci rumah di rumah sebelah, dan mereka menyangka kami maklum sedangkan telah kami nyatakan dalam email terdahulu yang kami pertama kali ke London. Sepatutnya kami dimaklumkan terlebih dahulu tentang keberadaan kunci tersebut.

Mungkin ada salahnya pada kami kerana tak mintak clarification awal-awal sebelum pergi tentang penginapan kami. Jadi tips seterusnya, jangan jadi macam kami. Bahahhaa.

bercuti-di-istanbul-7

bercuti-di-istanbul-8

bercuti-di-istanbul-9

bercuti-di-istanbul-10

bercuti-di-istanbul-11

Lain dari yang kami sangkakan

Bercerita tentang negara-negara yang kami jelajahi, banyak benda yang mengejutkan kami sebenarnya. Mungkin sebab itu lebih penting untuk travel, teroka sendiri satu-satu tempat dari tengok gambar atau dengar cerita orang.

Contohnya, London. Jujurnya, Lapangan Terbang Heathrow yang terkenal seantero dunia itu bagi aku sangatlah biasa. KLIA jauh lebih cun dan nampak moden. Mungkin kerana lapangan terbang itu sudah terbina sejak sekian lama.

Underground tube London juga berbau hancing di sesetengah tempat, dan keadaan dalam tube tu sendiri pun agak kotor. LRT Malaysia cun lagi. Negara yang betul-betul kami enjoy ialah Prague dan Switzerland (walaupun kami berada di Zurich 4 jam saja).

Prague sangat unik dengan bangunan-bangunan classic dan ada unsur gothic sikit. Orangnya pun baik. Istanbul pula agak kotor dan orangnya agak kasar dan kurang ajar bila bercakap dengan pelancong. Ketika kami masuk ke Blue Mosque untuk solat sunat Aidiladha, beg kami diperiksa, ambulans dan polis bersenjata memagari pintu masjid, bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana pernah berlaku kes pengeboman ketika umat Islam mengerjakan solat.

Benar, pengalaman kami terhad, sekadar berada di negara tersebut sehari dua saja. Jadi apa yang ditulis ini sekadar pemerhatian kasar dari tempoh yang terhad itu.

Baca: Bagaimana Kami Kena Samun Di Brussels Semasa Travel Backpack Di Eropah

bercuti-di-istanbul-12

bercuti-di-istanbul-13

bercuti-di-istanbul-14

bercuti-di-istanbul-16

bercuti-di-istanbul-17

Ramai yang baik dan ramah tapi di London…

Perjalanan kami dipermudahkan, Alhamdulillah. Tiada flight/train delay, tiada kes penyeluk saku, tak ada kena tahan di airport, orang-orang yang kami jumpa pun kebanyakannya sangat ramah.

Kami takkan lupa pelajar-pelajar Malaysia di Istanbul yang belanja kami makan pizza di pagi raya lepas solat sunat, jumpa rombongan cikgu-cikgu dari Malaysia di Istanbul, bersembang riuh kat tepi jalan huhu juga pelajar-pelajar Malaysia di Manchester yang sudi menumpangkan rumah satu malam untuk kami.

Baru semalam baca artikel tentang perangai orang Malaysia di London, tak bertegur sapa bila jumpa pelancong senegara. Sad but truth, itu lah yang berlaku di London sebenarnya. Teringat ketika belajar di New Zealand dulu, pantang nampak orang Malaysia jalan kaki di bandar, mesti kami akan tegur, tanya dari mana dll. Tak salah pun menegur, sombong sangat dapat apa ye dok?

bercuti-di-istanbul-20

bercuti-di-istanbul-21

bercuti-di-istanbul-22

Tragedi di Istanbul

Dalam keseronokan kami travel, ada satu kejadian yang tak disangka terjadi pada kami di Istanbul. Ceritanya, ketika kami nak terbang dari Istanbul ke Copanhagen menaiki flight Pegasus, kami tiba di Atartuk International Airport Istanbul dua jam sebelum penerbangan.

Agak awal, jadi kami melilau dengan melenggang kangkung mencari kaunter untuk kami check-in. Lama kelamaan baru kami tersedar tiada penerbangan Pegasus Airlines dari lapangan terbang tu. Gelabah kejap, tapi rilek lagi.

Kami jalan pergi kaunter Information. Agak dingin layanan pada kami, mereka kata Pegasus bukan disini, tapi di Sabiha International Airport. Baru aku teringat aku yang beli tiket flight via Cheapflights tu dan memang kami ambil keputusan untuk beli tiket dari nearby airport iaitu Sabiha.

Dah mula panik, kami tanya berapa jam nak ke sana? Dia kata 2 jam perjalanan nak ke sana, sebab Sabiha tu di the Asia side of Turkey. “Its impossible. You’ve missed your flight”. Jantung dah tercabut.

Kami cuba tanya kalau beli tiket on the spot ke Copanhagen harganya berapa, dia kata lebih kurang RM3000+ sorang. Mati. Aku dah gelabah tahap gaban. Mujur Hilmi quick thinker, dia ajak naik teksi ke Sabiha. Cuba, dia kata.

Jadi kami dengan tangan penuh barang, beg yang berat, terus berlari keluar dari airport. Mujur kat luar teksi dah sedia tunggu. “SABIHA! 1 HOUR!” kami jerit. Terus kami masuk dalam teksi, dia memecut, pasang emergency light. Laju dia toksah cakap. Banyak kali nak accident malam tu, Allah je selamatkan kami.

At one point, ada ambulans depan kami tengah dalam perjalanan tu, tapi sebab kami laju sangat, ambulans tu bagi laluan. Kami jalan terus. Not kidding. Alhamdulillah, dari 2 jam yang sepatutnya, kami sampai Sabiha Airport dalam masa 35 minit saja.

Cumanya, shit happened masa kami sampai di airport tu. Pemandu teksi tu minta 180 Euro, iaitu bersamaan RM900+. Kami tiada pilihan selain bagi saja duit itu pada dia. Pengajarannya, remember to always check your itinerary. Jangan terlalu selesa.

Memang ikat perut la aku lepas balik travel hari tu. Sebab tu jangan tanya aku mana souvenir. Cukuplah kembalinya aku ke tanah air ini adalah cenderahati terbaik untuk semua. Kahkahkah.

bercuti-di-istanbul-15

bercuti-di-istanbul-18

bercuti-di-istanbul-19

Kesimpulan

Kesimpulannya, this had been the craziest wildest and the most amazing journey of my life. My early birthday present for myself. Aku suka travel, tapi lepas kena jetlag teruk lepas balik, maybe it may take me a while sebelum aku ke negara luar lagi. Duit pun tak ramai dah.

Hilmi masih tanya aku “negara mana next?” masa dalam perjalanan balik. Haha who knows. Bawa isteri la pulak kot. Bahahaha.

Alright that’s all. Kalau nak itinerary penuh, boleh bagi email address, insyaALLAH aku kasi. Cumanya kami tak buat bajet lengkap so yeah, dari pembacaan ni boleh agak la kot berapa kami habis. Bereh Adios mucachos.

Baca lagi: Travel Ke 6 Negara Eropah Cara Backpacker, 9 Cara Saya Susun Bajet Dan Itinerari