Pernahkah anda terfikir untuk mendapatkan tripod buat telefon pintar anda? Dan masalah yang menghalang anda adalah masalah size yang besar serta susah untuk dibawa kemana-mana?  Pocket Tripod yang bersaiz kad kredit ini mungkin solusi terbaik buat anda.

8b59e78b186f3ec5e0d9570d5675cca0_original

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika sebelum ini kebanyakan aksesori yang cool dikeluarkan hanya untuk iPhone sahaja, Pocket Tripod turut menyokong peranti terbaru daripada Samsung dan Ipod.

Dengan stand yang boleh laras serta saiz yang kecil, anda mampu untuk mendapatkan imej yang lebih stabil melalui telefon pintar anda menggunakan Pocket Tripod.

985b15344e1987fb4bf5f11059ecc1f2_original

Dengan harapan untuk mengutip $6,000 USD, syarikat ini sudah berjaya mengutip lebih daripada jangkaan apabila berjaya mendapatkan dana sebanyak $44,121 setakat artikel ini ditulis. Apa yang lebih menarik, kempen yang dilancarkan di Kickstarter ini berbaki hampir 42 hari lagi dimana syarikat ini dijangka akan mendapat dana sehingga ratusan ribu USD.

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan Pocket Tripod ini, anda boleh layari laman web Kickstarter untuk membuat tempahan.

9994d4ecdce15fcbb555ac3bd5a2c811_original (1)

Sumber