Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berharap umat Islam di Amerika Syarikat menerapkan sistem penjarakan sosial ketika bulan Ramadan, sama seperti yang berlaku dengan penganut Kristian ketika menyambut Hari Easter.

Trump sebelum itu ditanya oleh kumpulan konservatif mengenai kemungkinan umat Islam AS akan mendapat layanan yang sama seperti yang dilakukan oleh penganut Kristian kerana melanggar peraturan penjarakan sosial ketika menyambut Hari Easter.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

“Saya mesti mengatakan boleh ada perbezaan,” kata Trump pada pertemuan dengan media semalam di Washington DC. “Dan kita harus melihat apa yang akan terjadi. Kerana saya telah melihat perbezaan besar di negara ini.”

Ramadan di Amerika Syarikat dijangka jatuh seminggu selepas Paskah, atau pada minggu keempat April 2020.

Ketika ditanya oleh wartawan apakah ada kemungkinan imam masjid akan melanggar peraturan penjarakan sosial seperti yang terjadi ketika sambutan Hari Easter, Trump menjawab, “Tidak, saya rasa tidak begitu,”

“Saya adalah seseorang yang mempercayai iman. Dan yang penting bukan apa kepercayaan anda. Tetapi ahli politik kita nampaknya memperlakukan agama dengan cara yang sangat berbeza.”

Trump sebelum ini terkenal dengan fahaman anti-Muslim. Dasar pertama yang dikuatkuasakan oleh beliau ketika memimpin Rumah Putih adalah dengan melarang kedatangan orang dari negara majoriti Muslim.

Kes COVID-19 di Amerika Syarikat telah menjangkau 700 ribu dan telah memaksa seluruh komuniti agama menghentikan upacara ibadah secara besar-besaran dan melakukannya secara individu di rumah.

Untuk bacaan lanjut mengenai Donald Trump, klik pautan di bawah.

Donald Trump ‘Berharap’ Jumlah Kematian Kes COVID-19 Di Amerika Syarikat Tidak Lebih 100,000

Tidak Bimbang Penularan COVID-19, Donald Trump Sedia Henti ‘Lockdown’ Di Beberapa Negeri

Donald Trump Namakan Bintang WWE, Vince McMahon Sebagai Penasihat Ekonomi Amerika Syarikat

Anda Mungkin Suka