Tahun 2020 merupakan tahun yang sukar buat kita semua. Namun, dalam menghadapi tahun yang sukar ini, ada sahaja cara kreatif oleh netizen bagi menghiburkan orang ramai.

Meme adalah satu hiburan ringan yang mudah untuk diterima umum dan awal tahun 2020, meme tarian kematian yang diilhamkan oleh Benjamin Aidoo menjadi fenomena di seluruh dunia.

Menjelang hujung tahun 2020, meme kucing yang menari dengan paluan ‘Goblet drum’ (Darbuka) pula menjadi perhatian dunia dan seperti juga Benjamin Aidoo, pemuzik ini tidak menyangka beliau akan tular dan popular di seluruh dunia.

Bilal Goregan merupakan seorang pemuzik buta dari Turki yang banyak berkongsi video paluan Darbuka beliau di YouTube. Populariti beliau secara tiba-tiba meningkat apabila ada peminat beliau yang menambah tarian kucing dalam video cover Ievan Polkka, sebuah lagu folk barat dari Finland.

Dalam temu bual bersama TRT World, Bilal berkata minatnya kepada muzik sudah bermula sejak usia 4 tahun lagi. Disebabkan beliau buta, maka pendengarannya jadi lebih sensitif dan peka dengan bunyi muzik. Darbuka merupakan instrumen pertama yang dipelajari beliau dan disukainya hingga ke hari ini.

Bilal masih bermain muzik di jalanan di samping mendapat undangan membuat persembahan di merata tempat. Terbaharu, versi remix khas beliau bersama pemuzik dari Afrika Selatan, The Kiffness tular dan sudah menerima 194,000 perkongsian dalam masa hanya 10 hari di Facebook!

Tuah manusia hadir dalam pelbagai bentuk dan dalam kes Bilal, meme memberi rezeki kepada beliau. Apa pula meme kegemaran anda bagi tahun 2020?

Di Ghana, kumpulan Dancing Coffin ini kini setaraf selebriti selepas tular sebagai meme. Baca lagi pada pautan di bawah.

Muncul Dalam Rancangan Temu Bual, Kumpulan ‘Dancing Coffin’ Kini Ibarat Selebriti Di Ghana

Hadir Untuk Memenuhi Undangan, Bekas Kekasih Jelaskan Apa Yang Berlaku Di Majlis Perkahwinan

Kisah Ahmad Samerin, ‘Owner’ Kedai Basikal Yang Berjaya Memenangi RM1 Juta Pada Tahun 1991