Sering dianggap sebagai aplikasi untuk ‘main-main’ jika dibandingkan dengan platform media sosial yang lain seperti Facebook dan Twitter, pasti ramai sebelum ini yang mempersoalkan apakah faedah dan kebaikan yang diperolehi jika seseorang itu berada di TikTok dan melakukan pelbagai challenge di sana.

Walaupun berdepan dengan banyak tanggapan negatif dan mungkin ramai yang tidak menyukai telatah pengguna aplikasi ini, namun pemuda ini Muhammad Shazani Shamsor, 19 tahun membuktikan sebaliknya apabila beliau berjaya mendapatkan beras dengan bermain TikTok.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ya, beras sebenar yang sering digunakan sebagai makanan ruji rakyat di negara kita. Atau lebih tepat lagi beras Cap Rambutan.

Buat anda yang tertanya-tanya bagaimana beliau boleh mendapatkan beras untuk diri dan keluarganya, ia berlaku selepas tarian menggunakan lagu iklan beras Cap Rambutan mula tular di media sosial.

Bercerita kepada The Vocket, Shazani memberitahu video tariannya dengan lagu iklan beras Cap Rambutan mula tular selepas ia dikongsikan kembali netizen di media-media sosial.

Susulan daripada video berkenaan yang tular dan dikongsikan kembali, beliau kemudiannya menerima mesej daripada akaun media sosial beras Cap Rambutan sendiri yang berminat untuk menghadiahkan beras kepadanya sebagai penghargaan.

“Jika boleh adik bagi kami alamat postal dan nombor telefon, kami akan hantar beras kami untuk diberikan kepada adik dan keluarga,” tulis akaun Instagram Cap Rambutan Official.

1
Tangkap layar perbualannya bersama Cap Rambutan

Beliau bagaimanapun pada awalnya menolak pemberian tersebut dan meminta untuk beras berkenaan diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan.

Namun setelah berbincang bersama keluarga, beliau telah memutuskan untuk menerima penghargaan yang diberikan jenama beras yang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia itu.

“Mula-mula saya tolak, saya suruh bagi orang lain. Sebab dia kata sebagai penghargaan (saya terima).

“Kalau saya berkeras menolak macam kurang ajar sangat pula. Saya bincang dengan ibu bapa saya dan mereka kata jangan tolak, saya pun setuju,” ceritanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut mengenai challenge yang dibuatnya itu, Shazani menjelaskan lagu berkenaan sememangnya sudah tersedia di aplikasi berkenaan.

Namun, sebelum ini ramai yang menggunakannya untuk menemani video masakan dan bukannya melakukan tarian seperti yang dilakukannya sehingga meraih perhatian Cap Rambutan sendiri.

Jadi jika anda merupakan seorang yang berada di TikTok dan menghasilkan pelbagai konten di sana dan sering dipersoalkan oleh keluarga dan kenalan, mungkin kisah Shazani ini boleh dijadikan sebagai jawapan kepada mereka.

Setidak-tidaknya dengan menghasilkan konten di TikTok, pemuda ini telah berjaya mendapatkan beras untuk dirinya. Siapa tahu jika ada jenama lain yang berminat dengan apa yang dihasilkan anda selepas ini seperti yang terjadi kepada Shazani ini.

Baca juga perkongsian semasa di media sosial yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah.

Lelaki Ini Kongsi Apa Yang Dilakukan Selepas Isteri Mengidam Masakan Khairulaming

Tidak Peka Dan Beradab, Netizen Kecewa Geng Basikal ‘Selfish’ Guna Jalan Raya

Kena Terjah Ketika Siaran Langsung, Netizen Akui Masih Merindui Kelibat Inspektor Mazlan

Sumber