Siapa sangka niat untuk melamar di KFC berjaya membuatkan pasangan yang tidak dikenali ini berjaya menerima pelbagai penaja daripada syarikat besar.

Semuanya bermula apabila tular sebuah gambar pada Twitter KFC Afrika Selatan melihatkan seorang lelaki melamar wanita idamannya yang menangis kegembiraan. Pihak KFC Afrika Selatan juga turut menjanjikan untuk memberikan kejutan buat pasangan ini sekiranya menjumpainya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

74530955_595682251006259_8650709478750027776_n (1)

Tweet tersebut nampaknya turut menarik perhatian seorang wartawan yang mentertawakan lelaki ini melamar pasangannya hanya di KFC sekaligus memperlekehkan usaha lelaki tersebut.

Walau bagaimanapun, di sebalik kecaman yang diterima, pasangan ini seolah menerima ‘durian runtuh’ apabila syarikat-syarikat besar bersetuju untuk menaja perkahwinan mereka dengan menyatakan momen yang ditampilkan dilihat sangat manis dan bahagia.

73423431_595682674339550_5695489164095520768_n

74880621_595682571006227_2400263110687457280_n

74643690_595683404339477_8599729325048070144_n

73006162_595682904339527_6056291289115131904_n

Antara syarikat yang bersetuju untuk menaja mereka adalah KFC, Coca-Cola, Sony Movies, Puma, Huawei serta Audi. Tidak kurang juga daripada pemilik bisnes yang sudi menaja cincin emas bertatahkan berlian serta busana lengkap buat pasangan ini.

Kisah cinta mereka yang bakal menerima pelbagai tajaan kini turut membuatkan netizen teruja serta mahukan perkahwinan ini disiarkan online supaya orang ramai dapat melihat kemeriahannya.

Selain itu, tahukah anda KFC Singapura kini memperkenalkan menu istimewa kulit ayam goreng yang menjadi kegemaran ramai.  Sebelum ini KFC China turut memperkenalkan menu unik dengan menggandingkan nuget bersama durian.

KFC Singapura Kini Perkenalkan Menu Istimewa Kulit Ayam Goreng

KFC China Perkenal Menu ‘Unik’ Gandingan Nuget Dengan Durian