Siapa sangka percubaan pertama Cik B mengeluarkan lagu pertamanya berjudul Tolonglah berjaya trending di YouTube dan hampir menyamai jumlah tontonan lagu baru penyanyi berpengalaman Naim Daniel di platform berkenaan.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Baru sahaja dikeluarkan sejak dua hari lalu di platform penstriman berkenaan, lagu pertama anak kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida ini sudah pun berjaya mencatatkan lebih 1 juta tontonan.

Ya betul, melebihi sejuta tontonan dalam masa dua hari selepas ia dikeluarkan.

HYPE
4 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Pendek ‘3 Sekawan’ Pada Hari Malaysia Ini
Baca lagi →

Pencapaian jumlah tontonan dan trending berkenaan sudah semestinya membanggakan terutama jika melihatkan kepada lagu-lagu lain yang baru sahaja dikeluarkan seperti Purnama oleh Naim Daniel.

Sehingga artikel ini ditulis, lagu Purnama dendangan bekas pemenang Anugerah Juara Lagu ke 34 itu mencatatkan jumlah 1,318,011 tontonan dan berada di tangga ketiga trending.

Manakala Tolonglah oleh Cik B menghampiri 1.2 juta tontonan dan sedang mendahului carta trending di platform penstriman berkenaan.

naim
Tangkap layar muzik video Naim Daniel di YouTube hari ini.

Atasi Purnama di ‘Trending’ YouTube

Jika sebelum ini Naim Daniel pernah berkongsikan Purnama trending di YouTube, namun ketika ini giliran Cik B pula menduduki tangga teratas di platform berkenaan.

Dari sudut jumlah tontonan juga, Tolonglah turut berjaya mengatasi lagu terbaru daripada Siti Nurhaliza, Kuasa Cintamu yang sehingga kini (4 Disember) merekodkan sekitar 600,000 tontonan sejak mula dimuat naik awal bulan ini di YouTube.

Walaupun ini adalah percubaan pertama Cik B mengeluarkan lagu sendiri, namun ianya berjaya untuk trending dan menjadi pilihan penonton di YouTube bersama-sama lagu-lagu penyanyi hebat dan berpengalaman.

Tambah menarik, lagu pertama Cik B ini juga menurut kapsyen yang dibekalkan di muzik video berkenaan juga menyatakan lagu berkenaan sebagai ‘hasil ciptaan dan lirik sepenuhnya oleh Cik B & Dato Seri Vida sendiri’.

“Terbaik Cik B,”

Buat anda yang masih belum menonton muzik video lagu pertama dari Cik B ini anda boleh menontonnya melalui pautan di bawah.

Baca juga perkongsian kami mengenai ‘outfit’ Cik B sebelum ini yang mengejutkan netizen dengan harganya yang dikatakan mencecah ribuan ringgit melalui pautan di bawah. 

‘Cincin Sahaja Harga RM13,500’ – Netizen Tergamam Cik B Belanja ‘OOTD’ Berharga RM118,000

Cik B ‘Nailed It’, Tampil Dengan Gaya Anggun Hiasi Muka Hadapan Majalah Nona

‘Fesyen Orang Lain Lagi Pelik’- Dato Vida Berang Netizen Kutuk Gaya Cik B