Ia pastinya sesuatu yang tidak menggembirakan apabila makanan atau minuman yang dipesan menerusi aplikasi penghantaran makanan tidak cukup.

Seorang pengguna di Twitter merasa sangat kecewa mengapa air yang dipesannya di Starbucks tidak cukup. Malah, beliau menuduh rider yang menghantar air kepadanya mencuri salah satu minuman miliknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Akaun rasmi Grab Malaysia terus memberi respon di perkongsian tersebut dan menjawab setiap bungkusan yang ditempah akan terus di seal. Tugas rider cuma datang ambil pesanan dan terus hantar ke pelanggan. Isu rider ambil minuman untuk diri mereka sendiri tidak mungkin berlaku kerana mereka tidak dibenarkan buka sebarang bungkusan pelanggan.

Pengguna ini mendakwa beliau sepatutnya menerima 3 cawan minuman dan yang tiba hanya dua cawan. Dalam gambar yang dikongsi, bilangan cup holder yang ada dalam beg berkenaan adalah untuk dua bekas. Jadi, ralat sebenarnya berpunca daripada pihak Starbucks AEON Shah Alam yang mungkin terlepas pandang membaca pesanan dengan betul.

Netizen tidak bersetuju dengan tindakan lelaki ini yang menularkan dakwaan tidak berasas kepada rider. Sebenarnya setiap pesanan yang ditempah di Grab, anda boleh buat report sekiranya pesanan anda tidak mencukupi. Pihak Grab biasanya akan refund bayaran yang anda telah buat selepas report diterima.

Majoriti berpihak kepada rider yang bekerja tanpa henti untuk menghantar makanan dan minuman yang dipesan oleh pelanggan. Ditambah lagi gaji rider yang sebenarnya tinggi, tiada sebab untuk mereka mencuri makanan atau minuman pelanggan.

Semoga perkara seperti ini menjadi pengajaran buat kita. Sekiranya ada pesanan yang tidak cukup, buat report dan anda akan terima kembali duit anda.

Ini pula artikel berkaitan rider yang tular sebelum ini. Baca lagi pada pautan di bawah.

Netizen Puji Tindakan Berani Abang Rider ‘Bantu’ Tangkap Individu Dicari Polis Johor

Rider Dan Orang Ramai Kumpul Duit Hadiahkan Basikal Buat ‘foodpanda Walker’ Di Kulim

Reaksi Tenang ‘Rider’ Ini Jawab Rungutan Dalam Bahasa Inggeris Buat Pelanggan Tidak Jadi Marah