Sepanjang aku mengendalikan page ilmiah, terlibat dalam perdebatan secara tidak langsung atau langsung sehingga mewakili universiti aku, juga dalam perbincangan ilmiah dengan para sahabatku, aku dah jumpa pelbagai jenis falasi.

Falasi ini ialah benda paling bahaya di dunia. Seorang debater juga harus mengenal pasti jenis-jenis falasi dan bagaimana manusia seringkali terbabas dalam berfikir ikut disiplin ilmu yang betul.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Antara jenis falasi yang bermain dalam minda rakyat Malaysia ialah suka menjadikan pemangsa sebagai mangsa. Mungkin falasi yang aku sebutkan ini sangat dekat dengan victim playing fallacy, tetapi pemikiran seperti ini wujud di kalangan orang yang menghakimi sebuah masalah.

Bukan pada sudut pemangsa yang berbuat jenayah. Kau boleh lihat falasi ini bermain di alam maya, di laman-laman utama acapkali berita jenayah berlaku.

Sebagai contoh, tukang bagi pinjaman dipersalahkan daripada peminjam yang tegar tidak membayar hutang tersebut. Alasannya, siapa suruh bagi dia pinjam duit?

Orang yang bagi pinjam duit tu harus dipersalahkan kerana mempercayai orang yang nak pinjam duit. Bankrap bank-bank dan PTPTPN waktu nak tuntut hutang diaorang.

Aku dapati falasi seperti ini sangat bahaya sekali. Pertama, ianya akan mengurangkan fungsi mahkamah itu sendiri. Keadilan tidak akan tertegak sekiranya falasi seperti ini menjadi makanan ruji kita.

Contoh yang lain, katakanlah A ialah mangsa rogol. Ketika dia dirogol, kebetulan dia memakai pakaian yang agak seksi. Kalau ikutkan falasi yang saya sebutkan, dan kalau mahkamah di Malaysia berfungsi atas falasi ini, maka sudah tentu kebanyakan orang yang dirogol orang akan menjadi mangsa dan perogol akan dilepaskan.

Contoh lain:

1. Peragut itu tidak salah sebab yang bawak beg tangan mahal ialah kau. Tentu dia tahu yang kau simpan banyak duit dan barang berharga dalam beg tangan tu.

2. Pencuri tu tak salah sebab kau tak pasang CCTV dan pagar berkokot dawai kat rumah kau.

3. Pembunuh tu tak salah sebab kau yang ejek nama mak dia.

Secara jujur, kalau falasi seperti ini menjadi akidah rakyat Malaysia, ketahuilah bahawa ianya akan membawa kepada kehancuran tamadun dan erti kezaliman.

Jangan jadikan pemangsa sebagai mangsa!