Bawal Exclusive terkenal dalam kalangan pengguna di Malaysia dengan kualiti dan keaslian hiasan yang digunakan. Tahun lepas tudung edisi terhad keluaran Bawal Exclusive berjaya dijual dengan harga RM21,600 kepada usahawan wanita dari Kelantan.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Tahun ini tudung edisi terhad keluaran Bawal Exclusive yang betatahkan kristal Swarovski tulen kembali dengan rekaan yang lebih moden. Tudung yang diperbuat dengan kain Voile dari Jepun bertatahkan kristal Swarovski dari Austria ini berjaya dijual dengan harga RM33,000 sehelai dan telah rasmi jadi milik pembeli yang sama dikenali sebagai Nurul Asmat.

Pemilikan tudung eksklusif itu menjadikan beliau sebagai satu-satunya rakyat Malaysia yang memiliki kedua-dua tudung termahal keluaran Bawal Exclusive.

Menurut pemilik syarikat ini, Haliza Maysuri, harga sehelai tudung mampu melambung sehingga puluhan ribu bergantung kepada susun atur kristal Swarovski dan material tudung yang digunakan. Malah menurut beliau, pelanggan sanggup membayar lebih untuk mendapatkan rekaan tudung yang disiapkan mengikut kehendak mereka.

FB_IMG_1530604091579

Pengasas bergambar bersama pembeli paling tinggi tahunan Bawal Exclusive

Adakah anda sanggup membayar lebih untuk sehelai tudung yang memenuhi syariat menutup aurat dengan sempurna?

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group