Waktu itu saya sedang bercuti di Malaysia. Namun tiba-tiba saya menerima panggilan dari Australia – ia suatu tawaran kerja di pedalaman Australia, di suatu tempat bernama Mareeba.

Ia merupakan sebuah kawasan pertanian. Kebanyakan penduduk di sini terdiri daripada petani dan orang asli. Sebagi seorang doktor yang telah bertugas selama 6 tahun di Australia, tawaran seumpama ini merupakan suatu peluang keemasan buat saya.

huawei-cover-image-671×373
HYPE
Rasai Pengalaman Masa Akan Datang Dengan Peranti Terbaru HUAWEI Smart Life!
Baca lagi →

Saya tahu saya akan banyak belajar  dan menimba pengalaman yang bakal menjadikan saya doktor dan manusia yang lebih baik.

Saya datang ke Mareeba sebagai orang asing. Yang mengejutkan saya, pekan di pedalaman Australia ini punya satu masjid besar. Di sini saya bertemu Younas dan Dimian, 2 pemuda yang sentiasa di masjid 5 waktu sehari.

pengalaman-di-mareeba-australia-1

pengalaman-di-mareeba-australia-2

pengalaman-di-mareeba-australia-3

Suatu hari, selepas isyak, Younas menunjukkan ibu jarinya yang bengkak. “Brother, I have this ingrown toenail, I think it got infected.”

Saya pernah bertanya pada Younas, kenapa dia perlu bersusah payah ‘backpacking’ di Australia, bekerja sebagai penyembelih ayam halal di kilang Baiada sedangkan kehidupannya di German jauh lebih selesa menguruskan hartanah keluarganya dengan pulangan puluh ribu Euro sebulan?

Katanya dia mahu mencari makna dalam hidup dan mahu berdiri atas kaki sendiri.

Saya fikir Younas benar-benar telah menemui makna yang dia cari. Hampir setiap asar Younas di masjid membaca muqaddam mengulangi ‘alif’ sampai ‘ya’ berkali-kali kemudian merangkak-rangkak mengeja patah-patah ayat dari Quran.

Its okay brother, Allah rewards twice those who try hard to read Quran” kata saya suatu hari selepas melihat kesungguhan Younas.

Younas dari keturunan Arab Mesir di sebelah ayah dan bangsawan Jerman di sebelah ibu. Kata Younas, “Unfortunately, I didn’t get chance to learn Arabic from my dad. I can only speak German and English.”

Saya membelek-belek ibu jari kanan Younas. Ibu jari itu sudah bernanah dan membengkak disebabkan cekam. Kepam daripada terpaksa memakai kasut kerja getah menyebabkan ibu jari itu makin teruk.

“I can do a small operation to help with this ingrown toenail if you can get a few equipment for me.”

Suatu malam selepas Isyak, di dewan belakang masjid, saya mengeringkan nanah dari ibu kaki Younas dan melakukan ‘phenol ablation’ membetulkan kuku cekam yang sering menyebabkan Younas terincut-incut.

Alhamdulillah, now I can jump and run again,” kata Younas suatu hari.

“What can I do for you brother?”

“Nothing.” Kata saya.

“Please…” kata Younas mendesak. “Don’t worry, everytime you come to the mosque, I will get rewards for fixing your foot.”Balasku.

pengalaman-di-mareeba-australia-4

pengalaman-di-mareeba-australia-5

pengalaman-di-mareeba-australia-6

pengalaman-di-mareeba-australia-7

pengalaman-di-mareeba-australia-8

Hari ini hari terakhir saya di Mareeba. Dimian menjemput saya dan Younas makan malam di rumahnya. Tidak saya sangka, Dimian yang tawaduk itu rupanya punya ladang ratusan ekar di sini.

Saya meninggalkan Mareeba sebagai sahabat yang akan merindui sahabat-sahabatnya yang mengajar banyak tentang kehidupan. Damian dan Younas menjadikan kehidupan saya di tempat asing bermakna.

Dari Jabir yang meriwayatkan dari Rasulullah,

Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia lain (Riwayat Thabrani dan Daruquthni).

Dan seringkali ia ‘karma’ – What goes around comes around. Kebaikan sentiasa menjemput kebaikan.

Saya meninggalkan Mareeba dengan kesedaran yang saya akan merindui Younas dan Dimian. Selamat tinggal sahabat, semoga Allah menemukan lagi kita di masa depan.

Baca lagi: Rugi Dalam Perniagaan, Pemuda Ini Tekad Mengembara Ke USA Dan Cari Peluang Baru

Artikel di atas disumbangkan oleh Hafez Iftiqar Termizi. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka