Nota: Perkongsian di bawah adalah merupakan kisah peribadi yang diceritakan Muhamed Taufik Naaim di Twitter tentang bagaimana sikap bersalah sangka terhadap seorang insan lain hampir menjadi kembali kepada dirinya.

Thread (untaian) tersebut yang menceritakan kisahnya di kedai mencuci pakaian dan ketika mengambil anaknya dari rumah pengasuh itu mendapat lebih 2,000 perkongsian (retweet) di Twitter. Baca kisah beliau di bawah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tadi masa dekat dobi, ada seorang brader ini tanya “abang pakai line apa?”.

Aku macam, dia nak promosi sim kad telefon pulak ke dia ni.

Tapi jawab jugak, “pakai digi, awatnya?” kasar sikit sebab mula rasa rimas. Tengah muatkan baju masuk ke dalam mesin pengering.

Dia pun jawab..

“Saya dari pagi tadi duduk dekat dobi ini bang, kereta rosak”.

“Boleh pinjam telefon nak call sat? Saya guna Celcom line takdak hari ni”.

La awat tak habaq (sambil memberikan reaksi dengan pantas). “Nah la ambik telefon call, saya guna Digi line penuh”.

Dalam otak terfikir, “kalau dia rembat telefon aku..”

“Eh tak kot. Dia ini macam genuine (betul) ja”

Tak apa, aku pun kena berhati-hati juga, kita berjaga-jaga dekat pintu masuk dobi ini. Kalau-kalau dia lari, sempat aku tackle (jatuhkan) dia.

2 minit berlalu

“Terima kasih bang, moga murah rezeki abang. Bagi pinjam telefon yada yada

Alhamdulillah ramalan aku meleset..

Aku lega sebab aku salah.

Telefon aku memang selamat. Tapi rasa bersalah gila bila fikir yang bukan-bukan kepada orang yang betul-betul memerlukan.

Aku doakan brader tu dipermudahkan urusan. Panjang umur, murah rezeki cepat kawen dan lain-lain.

Lepas selesai di dobi, aku terus pergi ambik anak.

Tuhan bayar cash

Prapp, tarik handbrake depan rumah asuhan anak aku yg nombor dua. Umur dua tahun.

Aku tengok pintu tak buka. Nampak pengasuh duduk mengintai dari dalam.

Lama jugak mengintai, lepas tu depa macam bincang sesuatu. Pintu masih tak buka lagi.

Ai apahal pulak ni mana anak aku..

“Abi abi!”

Ha lega dengar anak panggil. Pengasuh yang tadinya muka kelat dah mula senyum.

“Oo Abi dia ka, ingatkan sapa tadi. Maaf na“.

Pengasuh ingatkan siapa la muka bengis nak mai bawak lari anak mengasuh depa.

Aku sentap sat. Teringat persepsi aku kat brader tadi.

Tuhan bayar cash.

Tak sampai 10 minit.

Aku yang tadi bukan main skeptikal dengan orang yang sangat memerlukan. Sekali aku pulak jadi macam penculik budak.

Memang ini kali pertama aku ambil anak. Selama ini datang dengan isteri. Dia yang turun ambilkan.

Wahai Tuhan, terima kasih atas pelajaran ini. Bekalkan hatiku dengan keikhlasan.

Bila kena macam ini rasa sayu ja. Rasa macam Tuhan pandang tepat pada aku.

Memang la Tuhan sentiasa melihat. Tapi kali ini lain macam beb.

Insyaallah aku akan ingat sampai mati. Moga bermanfaat.

Baca juga kisah jurugambar ini bercerita mengenai rezeki selepas membantu dua beradik dengan mengambil gambar pra konvokesyen mereka yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah. 

‘Hulur RM500 Ambil RM50’- Jurugambar Kongsi Kisah Sayu Dua Beradik Teruja Tangkap Gambar Pra Konvokesyen

Dilayan Bagai ‘Bos’ Oleh Pemandu BMW Sewa, Wanita Ini Belajar Erti Bekerja Dengan Ikhlas

Lelaki Ini Jelaskan Mengapa Orang Ramai Perlu ‘Support’ Isi Minyak Di PETRONAS