Sejak beberapa hari yang lalu, tular video seorang lelaki yang mahu golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) diterima di Malaysia.
Luahan lelaki itu mendapat perhatian ramai termasuk penyanyi Naim Daniel. Balasan Naim Daniel yang bersahaja itu ternyata menerima respon pelbagai daripada komuniti pengguna di Twitter.
Baca Juga:
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
- Lelaki Ini Kongsikan Cara Beli Kereta Terpakai Di Bawah ‘Market Value’
- Bagaimana Tindakan Pantas Usahawan Ini Berjaya Elak Jenamanya Daripada Bankrap
Tuhan ciptakan Adam dan Hawa sebagai pasangan.
Bukan Adam dan Haikal. https://t.co/01mwW8GLSL
— Naim Daniel (@naimdanielx) December 8, 2022
“Tuhan ciptakan Adam dan Hawa sebagai pasangan. Bukan Adam dan Haikal,” tulisnya ringkas. Kenyataan itu disokong oleh peminatnya tetapi ‘menggores hati’ golongan dan penyokong LGBT di Twitter.
https://twitter.com/LotusEyedFlower/status/1600877123702775812
geng geng lgbt ja cancel dia. kami tak cancel dia. lol
— D. (@dini_khirudin) December 9, 2022
Bagi yang menentang, mereka terus melabel Naim sebagai seorang homophobic dan berkata seseorang yang berstatus selebriti tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu.
Bagi yang menyokong, mereka berkata Naim juga berhak bersuara dan memberi pendapatnya tentang perkara ini. Ciapan berkenaan juga sebenarnya hanya ‘mencuit’ sedikit sahaja isu itu dan tidak pun Naim menulis buruk tentang LGBT.