Kes pendakwaan terhadap penyanyi terkenal, Yasin Sulaiman dikekalkan mengikut Seksyen 6B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah berkata, pertuduhan terhadap Yasin di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya kerana menanam 17 pokok ganja itu kekal berdasarkan laporan kimia diterimanya petang semalam.

Bagi peguam Yasin, Ariff Azami Hussein berkata pihaknya tiada bantahan terhadap permohonan berkenaan dan berterima kasih kepada pihak pendakwaan kerana menyediakan laporan kimia dalam masa singkat.

Selain itu, keadaan semasa Yasin sempat menjadi bualan orang. Dilihat tersenyum, menerusi video dikongsikan Instagram Hlive, Yasin sempat menitipkan pesan menggesa kerajaan Malaysia mengeluarkan kanabis daripada senarai narkotik.

“Kanabis bukan narkotik, satu dunia dah tahu. 40 negara antara yang maju telah membenarkan kanabis perubatan. Tuhan tak jadikan pohon kanabis sia-sia, pohon kanabis adalah untuk rawatan. Maka, keluarkanlah kanabis daripada senarai narkotik. Terima kasih semua,” katanya.

Perkongsian video itu kemudiannya tular di beberapa platform media sosial yang lain. Kebanyakan netizen sebak dan bersimpati dengan nasib yang menimpa Yasin.

Yasin Sulaiman petik nama Syed Saddiq setibanya di kompleks mahkamah PJ. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Yasin Sulaiman ‘Petik’ Nama Syed Saddiq Setibanya Di Kompleks Mahkamah PJ