Keputusan semakan berkaitan tujuh individu yang mencabar Kementerian Kesihatan berhubung larangan merokok telah pun diputuskan mahkamah hari ini.

Menurut sebuah posting yang dimuat naik oleh Harian Metro di laman Twitter, menyatakan bahawa mahkamah Tinggi memutuskan bahawa dakwaan perokok berhubung hak mereka terhakis kerana keputusan Kementerian Kesihatan mewartakan semua tempat makan sebagai kawasan larangan merokok adalah tidak berasas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hakim Datuk Seri Mariana Yahya membuat keputusan itu selepas meneliti semua dokumen dan hujah kedua-dua pihak dan beliau berpuas hati bahawa tindakan Kementerian Kesihatan itu tidak melanggar Perkara 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan dengan perkara ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad juga turut menzahirkan rasa bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam mempertahankan polisi larangan merokok di tempat makan awam.

Awal Januari lalu, tujuh individu mendapat kebenaran di Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Kementerian Kesihatan yang mewartakan semua tempat makan sebagai kawasan larangan merokok bermula awal Januari lalu.

Dengan ini, larangan merokok di tempat makan terus kekal seperti biasa. Walau bagaimanapun, perokok masih boleh menghisap rokok 3 meter atau 10 kaki dari perkarangan premis berkenaan.

Jika anda mendapati ada individu yang merokok di dalam kawasan larangan merokok, anda boleh melaporkan kesalahan tersebut melalui aplikasi WhatsApp sahaja. Klik pautan di bawah untuk mengetahu cara-caranya.

Anda Boleh Melaporkan Kesalahan Merokok Di Restoran Dengan Hanya Menggunakan WhatsApp

Kawasan Luar Restoran Diwartakan Sebagai Tempat Larangan Merokok