Seorang tukang cuci telah dirakam minum air dari mangkuk tandas di China. Tujuan dia melakukan perkara tersebut adalah bagi membuktikan bahawa dia telah menjalankan tugasnya dengan baik.

Di dalam klip itu, wanita itu kelihatan berdiri di hadapan beberapa orang atasan di tempat kerjanya. Dia turut menjelaskan kepada mereka mengenai tugasnya sebelum dia masuk ke salah sebuah tandas dan minum dari cawan yang diisi dengan air dari mangkuk tandas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut MailOnline, firma itu telah menganugerahkan kepadanya ‘pekerja teladan’ dan memuji dedikasinya. Tidak pasti, adakah tindakan minum dari mangkuk tandas adalah harga yang perlu di bayar untuk mendapatkan anugerah terbabit.

Rakaman tersebut dilaporkan berasal dari sebuah syarikat baja di Provinsi Shandong China. Dia dilaporkan melakukan perkara tersebut dengan rela hati dan bukannya disuruh oleh orang atasan.

Sumber Red Star News mengatakan bahawa ini bukanlah kali pertama wanita itu melakukan perkara tersebut. Selama hampir dua tahun dia melakukan tindakan terbabit bagi mendorong dirinya untuk mencuba sesuatu yang di luar kebiasan akal.

Untuk rekod, beberapa tahun yang lalu, sebuah syarikat fotografi di Guang’an, Provinsi Sichuan, China memaksa pekerja mereka untuk minum air tandas sekiranya mereka gagal mencapai KPI.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Norovirus Pula Serang China, Sejumlah Remaja Tumbang

China Mahu WHO Pertimbang Guna Vaksin COVID-19 Keluaran Mereka Di Seluruh Dunia

Rakyat China Belanja RM61.2 Juta, Borong Durian Musang King Dari Malaysia