Siapa kata bila usia semakin meningkat tak perlu nak bergaya? Penampilan ni sepanjang hidup kena jaga, baru nampak kemas. Orang kata penampilan melambangkan siapa kita, betul kan?

Ha, itulah yang dibuktikan seorang tukang jahit profesional, Ali, yang kini berusia 86 tahun. Usia senja bukanlah penghalang untuk beliau tampil bergaya setiap hari, Ya! Setiap hari. Memang cool habis.

thumbnail-watchgt21
HYPE
Kenapa Anak Muda Gilakan Jam Pintar HUAWEI WATCH GT 2 Ni? Katanya Boleh Play Lagu Lagi!
Baca lagi →

Bekerja sebagai tukang jahit di Jerman, Ali sebenarnya berasal dari Turki. Semasa di Turki, Ali merupakan seorang doktor sebelum nekad berhijrah ke Jerman sekitar 10 tahun yang lalu. Yang menariknya, penampilan bergaya Ali setiap hari menarik perhatian seorang jurugambar bernama Zoe Spawton.

Zoe Spawton kemudiannya mengambil foto fesyen yang diragakan Ali setiap hari. Bukan setakat itu sahaja, namun sebuah blog berjudul ‘What Ali Wore‘ diwujudkan memaparkan fesyen pakain yang diragakan Ali sepanjang 3 tahun bermula tahun 2012. Siapa sangka hanya dengan aura penampilan yang kemas juga mampu menarik perhatian orang lain.

6

5

4

1

2

7

3

8

Silap hari bulan, anda pun boleh tergugat dengan penampilan Pak Cik Ali.

Anda Mungkin Suka