Sejak akhir-akhir ini, setiap minggu pasti pengguna jalan raya akan bertembung dengan kumpulan tidak kira geng motosikal mahupun geng kereta berkonvoi sehingga menyebabkan ‘gangguan’ di jalan raya.

Pada hari Sabtu lalu, seorang pengguna jalan raya kurang bernasib baik apabila bertembung dengan satu konvoi motosikal yang mempunyai salah seorang ahli yang cuai serta tidak mengambil berat tentang keselamatan semasa berada di atas jalan raya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam dua rakaman video dashcam yang dikongsikan, semasa pemandu memotong konvoi motosikal yang berada di lorong sebelah kiri, entah macam mana ada seorang ahli konvoi tersebut menukar lorong masuk ke dalam lorong sebelah kanan secara tiba-tiba.

Perbuatan salah seorang ahli konvoi motosikal tersebut telah menyebabkan lelaki ini terpaksa membuat brek mengejut bagi mengelakkan perlanggaran berlaku. Nasib baik pemandu Perodua Alza yang berada di belakang keretanya turut berwaspada kerana turut sempat brek mengejut. Jika tidak, ada kemungkinan Perodua Alza tersebut melanggar keretanya dari belakang.

Hantaran asal video dashcam tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai, rata-ratanya mengecam tindakkan penunggang motosikal tersebut yang umpama tidak sayangkan nyawa sendiri serta mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Sumber Gambar: Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Dashcam Owners Malaysia

Tambah orang ramai lagi, pengguna jalan raya lain perlu lebih berjaga-jaga semasa bertembung dengan kumpulan-kumpulan konvoi sebegini kerana pasti akan ada segelintir ahli konvoi yang akan membuat onar sehingga menyusahkan orang lain.

Difahamkan kejadian yang dirakam ini berlaku di Lebuh Raya Utama CSR yang juga dikenali sebagai Lebuh Raya Kuala Krai–Kuala Pilah, Jalan Utama Tengah. Semoga setiap ahli konvoi-konvoi yang akan datang sentiasa mengambil kira undang-undang serta keselamatan semasa melakukan aktiviti tersebut bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi.

Sebelum ini ada seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila satu kumpulan Toyota Vios menghalang laluannya. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah. 

Wanita Luah Rasa Tidak Puas Hati Dakwa ‘Geng Konvoi Vios’ Halang Lalu Lintas

Hanya Lambai Tangan Untuk Masuk Simpang, Geng Motosikal Ini Buat ‘Abang Lori’ Bengang

Polis Tahan Dua Pemuda Bertindak Sebagai Marshal Semasa Konvoi Motosikal Berkuasa Tinggi

Sumber