Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Kecoh sejak minggu lalu apabila tular pasangan influencer negara seberang, Ria Ricis yang memiliki lebih 30 juta followers di Instagram dengan penuh selamba membawa anak yang masih bayi menaiki jet ski bersama-sama suami.

Artikel Berkaitan:

Tindakan yang dilakukan serta turut dirakam demi konten itu sekaligus telah membuatkan orang ramai berang dan risau melihatkan risiko yang bakal berlaku sekiranya perkara tidak diingini berlaku melibatkan bayi kecil tanpa jaket keselamatan tersebut.

Perkongsian yang dimuat naik di Instagram ini bukan sahaja mendapat perhatian para netizen, malah media negara luar yang turut terkejut dengan tindakan ibu bapa yang tergamak membawa bayi kecil bersama menaiki Jet Ski.

Berikutan insiden di mana influencer yang membawa nama Indonesia ini tular di serata negara, terdapat netizen Indonesia menerusi Twitter @tvindonesiawkwk memohon kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Perdana Menteri Malaysia serta baru sahaja membuat lawatan ke Indonesia untuk membawa Ria Ricis ke Malaysia berikutan malu dengan tindakan yang dilakukan.

Meskipun sekadar gurauan, perkongsian yang dibuat telah meraih hampir 4,000 retweets di mana rata-ratanya bersetuju sekiranya terdapat pihak yang mahu ‘claim’ Ria Ricis asal dari negara mereka.

Bukan itu sahaja, perkongsian yang dibuat di Twitter turut mendapat netizen Malaysia yang berpendapat mereka juga tidak mahu menerimanya berikutan lambakan kes tular yang menjadi buah mulut netizen pada ketika ini.

Sementara itu, terdapat juga netizen yang memaklumkan kes seperti ini turut berlaku di Malaysia baru-baru ini apabila tular kes melibatkan seorang ibu yang membawa bayi ziplining bersama.

Sehubungan dengan itu, rata-rata netizen sama ada Malaysia atau Indonesia berpendapat usaha mencari konten tidak perlu sehingga merisikokan nyawa anak khususnya para bayi. Perkongsian daripada para influencer ini secara tidak langsung membuatkan terdapat pihak mahu mencubanya sekaligus menjadi ikutan.