Baru-baru ini, tular di media sosial dakwaan individu cuba culik pelajar sekolah rendah di Gua Musang, Kuala Krai dan Pasir Puteh. Malah, posting yang tular itu juga meminta pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Menerusi laporan, Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata bahawa dakwaan cuba membawa lari atau menculik kanak kanak di perkarangan sekolah yang berlegar-legar di media sosial sejak kebelakangan ini tidak berasas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Hasil siasatan mendapati individu yang dikatakan berada di kawasan sekolah berkenaan tidak mempunyai niat untuk menculik, sebaliknya mempunyai urusan lain.

“Dakwaan sama turut berlaku di daerah Kuala Krai, baru-baru ini, sehingga menimbulkan kebimbangan penduduk di daerah itu.

“Apabila kita jalankan siasatan, rupa-rupanya individu yang dikatakan cuba menculik itu kakitangan sebuah syarikat perkhidmatan penapis air yang mempunyai urusannya untuk membuat kutipan bulanan dari pelanggan di situ,” katanya.

Tambahnya, kejadian sama turut berlaku di kawasan Masjid Muhammadi pada awal September lalu sehingga seorang lelaki kurang siuman menjadi mangsa keadaan apabila dibelasah oleh orang ramai kerana didakwa cuba menculik kanak kanak.

Polis Kelantan juga meminta kerjasama rakyat di negeri itu agar menghentikan perbuatan menyebar dakwaan kes culik sehingga menimbulkan ketakutan dalam masyarakat.

Malah, mereka yang terbabit menyebarkan maklumat tidak betul salah salah dan boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan (mendatangkan kegusaran awam) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.