Tular pada hujung minggu lalu apabila didakwa kumpulan daripada YouTuber terkenal membelasah seorang individu di pusat futsal berdekatan Pusat Perindustrian Subang atas faktor tidak puas hati.

Isu tersebut turut mendapat perhatian para netizen selepas didakwa kumpulan YouTuber berkenaan membawa 25 ahli beserta kerambit bagi membalas dendam. Insiden yang berlaku turut menjadi kes polis selepas kedua-dua pihak tampil membuat laporan selepas Rahimie selaku mangsa pukul cedera parah khususnya pada bahagian muka.

Sehubungan dengan itu, Isa Isarb pada hari ini selaku ketua mewakili Isarb Clan serta rakan kepada Isarb Hafiz tampil dengan sebuah video penjelasan di Instagram bagi menerangkan isu yang berlaku pada malam tersebut.

https://www.instagram.com/tv/CMKUtF_hIAn/?igshid=10sqjf3pt144r

Menerusi penerangan yang dibuat Isa Isarb, beliau pada malam itu telah mendapat panggilan daripadanya rakannya memaklumkan Isarb Hafiz dipukul beramai-ramai di pusat futsal. Mengenangkan rakannya serta mengakui dirinya mengikut emosi ketika itu, beliau bersama kumpulannya terus ke pusat futsal berkenaan.

Setibanya di pusat futsal, Isa memaklumkan melihat rakannya dipukul di mana beliau bersama kumpulannya cuba untuk membalas dendam kembali. Beliau turut mengakui terdapat perselisihan cerita mengenai isu yang berlaku di mana terdapat pihak yang memaklumkan Rahimie yang cuba memukul Hafiz manakala terdapat yang mengatakan pihak lain yang menyerang Hafiz.

Isu menjadi lebih besar apabila dimaklumkan Rahimie bukanlah individu yang menyerang Hafiz pada awalnya sebaliknya individu lain. Lebih parah, Rahimie turut diserang oleh dua atau tiga individu daripada Isarb Clan.

Rahimie mahu isu pergaduhan tidak diperbesarkan

Selepas pergaduhan dileraikan, Isa Isarb bersama kumpulannya serta kumpulan daripada Rahimie turut ke balai polis bagi membuat laporan mengenai isu yang berlaku.

Isa Isarb turut memaklumkan menerima panggilan daripada Rahimie yang menjelaskan di mana beliau tidak memukul Hafiz sebaliknya Hafiz diserang oleh individu lain. Berdasarkan penjelasan, Rahimie turut menyatakan minat beliau terhadap video yang dikeluarkan Isarb Clan serta ingin isu yang berlaku tidak dibesarkan kerana mampu menjatuhkan air muka Isarb Clan.

Isu diselesaikan dengan kedua-dua pihak telah menarik laporan yang dibuat di balai polis berikutan perselisihan faham yang berlaku.

Terima RM10,000 daripada kumpulan Isa Isarb

Mendengar penjelasan yang dibuat Rahimie, Isa Isarb memaklumkan beliau berasa sebak serta rasa bersalah. Bagi menebus kesalahan kumpulannya, beliau dengan rela hati menawarkan untuk membayar kos rawatan bernilai rm2,000 di mana bahagian muka Rahimie dikatakan koyak.

Beliau juga turut membayar Rahimie RM8,000 di mana bayaran sebanyak dua kali ansuran. Isa Isarb mengakui wang yang dibayar mungkin tidak setanding darah yang tertumpah namun sedikit sebanyak dapat membantu Rahimie. Isa Isarb turut memaklumkan dakwaan kumpulan beliau membawa kerambit sewaktu bergaduh hanyalah fitnah semata-mata.

Turut mendapat perhatian Caprice

Selain mendapat pelbagai respon daripada netizen, rapper dan juga usahawan Carpice turut tampil komen pada video penjelasan Isa Isarb. Walau bagaimanapun, komen beliau telah dibuang setelah dikatakan baru sahaja menghubungi Isa Isarb mengenai isu yang berlaku.

Beliau juga turut memuat naik gambar komen beliau di laman Instagram beliau sendiri dalam mempersoalkan mengapa komen beliau dipadam. Caprice juga memaklumkan telah berhubung dengan Rahimie serta mendapat info alatan yang digunakan untuk menyerang Rahimie bukanlah kerambit seperti yang didakwa sebaliknya adalah walkie talkie.

Menerima panggilan daripada kedua-dua belah pihak, Caprice memaklumkan bakal memuat naik video baharu mengenai isu yang berlaku di laman Instagram beliau sewal esok. Sama-sama kita nantikan adakah isu yang berlaku sama seperti yang didakwa Isa Isarb atau sebaliknya.

Ketahui lebih lanjut mengenai isu yang tular sebelum ini dengan klik pautan di bawah.

Koyak Main Futsal, 25 Geng Isarb Hafiz Balun Seorang Lelaki?

Mahu Elak Keluarga Perasan, Lelaki Ini Pasang ‘Plash Speed’ Sebenar Dengan Bantuan Juruteknik