Semalam hangat diperkatakan di media sosial tentang selipar yang dipakai ahli politik Tan Sri Annuar Musa di dalam rumahnya ketika menerima kunjungan rakan seperjuangannya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Dalam kiriman yang dibuat di laman Twitternya itu, Tan Sri Annuar Musa dilihat mengenakan selipar berwarna hitam jenama Louis Vuitton ketika sedang memegang cucu kembarnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jenama Louis Vuitton sebelum ini sinonim sebagai jenama mewah dan makin mendapat tempat dalam kalangan peminat fesyen terutamanya golongan muda.

Netizen yang melihat kiriman tersebut tidak menunggu lama untuk melakukan semakan harga selipar tersebut selepas melihat jenama Louis Vuitton tertera di selipar yang dipakainya ketika itu.

Seorang pengguna Twitter, @keemmazni kemudiannya berkongsi satu screenshot yang menunjukkan harga selipar tersebut mencecah RM4,650.

selipar lv

Bukan saja terkejut dengan harga selipar tersebut yang dikatakan mencecah ribuan ringgit, namun netizen-netizen juga tidak melepaskan peluang untuk memeriksa harga barangan peribadi Tan Sri Annuar Musa dalam gambar tersebut.

Seorang lagi pengguna Twitter, @KMJ_100 pula berkongsi satu tangkap layar yang menunujukkan harga sebenar jam tangan berjenama Richard Mille yang dipakai Tan Sri Annuar Musa.

Menurutnya, harga jam tangan yang dipakai oleh ahli politik itu bakal membuatkan sesiapa sahaja terkejut kerana screenshot itu menunjukkan tanda harga lebih RM1.2 juta.

Tidak cukup dengan menyemak harga jam tangan dan selipar yang dipakainya, ada juga netizen yang pergi lebih jauh dengan turut memberikan pandangannya tentang buaian yang terdapat di rumah Tan Sri Annuar Musa.

Menurut @TheAleem, buaian besar yang terdapat di dalam rumah beliau itu dikatakan mencecah sehingga RM12,000.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada harga-harga yang diberikan oleh netizen di atas adalah tepat memandangkan Tan Sri Annuar Musa tidak memberikan sebarang komen mengenai perkara itu.

Namun, apa yang menjadi tumpuan sebenarnya bukanlah tanda harga barang-barang kepunyaan Tan Sri Annuar Musa itu tetapi apa yang mencuri tumpuan kami adalah gaya fesyen Tan Sri yang hypebeast walaupun sudah mempunyai cucu. Terbaik Tan Sri!

Baca perkongsian kami sebelum ini mengenai seorang cucu yang berjaya mengubah gaya atuknya yang berusia 84 tahun dengan gaya hype fashion. Klik pautan di bawah untuk membaca.  

Cucu Berjaya Ubah Atuk Berusia 84 Tahun Dengan Gaya ‘Hype Fashion’

Uniqlo Mula Jual Beg ‘Eco-Friendly’ Minimalis Berharga RM7.90 Sahaja

Bentley Hasilkan ‘Stroller’ Edisi Khas, Dijual Pada Harga RM2,500