Umum tahu, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, orang ramai tidak dibenarkan untuk merentas negeri kecuali mendapat pengesahan daripada balai polis berdekatan.

Arahan ini turut diteruskan sehingga kini di mana orang ramai yang mempunyai urusan untuk merentas negeri perlu mengemukakan surat dan mengisi borang menyatakan tujuan sebelum mendapat tandatangan daripada balai polis berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

EyZ9rgNVoAU_PlG (2)

Walau bagaimanapun, tular sejak semalam apabila terdapat individu dengan bangganya menayangkan borang pelepasan negeri beliau yang mendapat cop dan tandatangan daripada Balai Polis Chukai, Terengganu sebelum borang diisi.

Gambar beliau yang dikongsikan para netizen sekaligus membuatkan orang ramai berang melihatkan situasi terkini di mana masing-masing mahu pulang ke kampung setelah lama lebih empat bulan tidak dapat merentas negeri.

Sehubungan dengan itu, pihak Balai Polis Chukai telah tampil dengan sebuah kenyataan memaklumkan terdapat pemalsuan tandatangan milik Ketua Polis Balai Polis Chukai, Inspektor Mohamad Ramizan Bin Ramli.

Difahamkan borang rentas negeri ini telah diberikan kepada seorang individu yang mahu ke Kuala Lumpur bagi menghadiri temuduga. Kes ini telah dibuka siasatan di bawah seksyen 468 kanun keseksaan (pemalsuan bagi maksud hendak menipu) dan seksyen 233 akta komunikasi dan multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar dan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian).

Tular pada minggu ini apabila pemilik restoran di Kota Damansara ini bertindak menampar rider FoodPanda selepas gagal siapkan tempahan makanan yang dipesan.

Lambat Siapkan Tempahan Makanan, Pemilik Restoran Ini Tampar ‘Rider’ foodPanda

Fipper Jawab Isu Selipar ‘Muslim Friendly’ Edisi Khas TheNoor