Seorang wanita berkongsi kekecewaannya terhadap setu kedai makan di Port Dickson di mana dia dikenakan harga tidak munasabah untuk minuman yang dipesannya.

Menurut wanita tersebut, beliau kecewa apabila dicaj RM2 untuk air suam dan berdasarkan komen netizen yang lain, mereka juga pernah ‘terkena’ dengan peniaga tersebut.

Baca Juga:

Kredit Gambar: Mawar Merah/ Kuala Pilah Group

Menerusi laporan Sinar Harian, Majlis Perbadanan Port Dickson (MPPD) tidak akan memperbaharui lesen peniaga yang mengenakan caj air suam RM2 di Medan Selera Seri Bayu yang berakhir bulan lalu.

Yang Dipertua MPPD, Mohd Zamri Mohd Esa berkata telah berulang kali menerima aduan orang ramai terhadap peniaga tersebut dan tindakan ini dibuat bagi mengelakkan perselisihan faham dengan peniaga lain yang mendakwa turut terkesan disebabkan tindakan caj makanan mahal dikenakan.

“Kita bagi tempoh sehingga Mac ini kepada peniaga tersebut untuk mengosongkan kedai dan kita terpaksa ambil tindakan ini kerana kedai itu sudah banyak kali tular.

“Ia menganggu perniagaan peniaga lain dan memberi imej negatif terhadap kawasan medan selera itu. Mungkin dia boleh berniaga di tempat lain selepas ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Mohd Zamri tidak menolak kos barang mentah yang meningkat menjadi faktor peniaga menaikkan harga barangan atau makanan. Bagaimanapun katanya, ia tidak boleh dijadikan alasan semata-mata sehingga mengenakan harga yang tidak munasabah.

Beliau berkata apabila timbul isu sebegini, ia meninggalkan persepsi negatif kepada peniaga makanan lain di Port Dickson yang dicop mahal. Bagaimanapun, Mohd Zamri memberi jaminan harga makanan di Port Dickson masih berpatutan berdasarkan permerhatiannya.

Sumber