Pastinya tidak lengkap jika makan nasi lauk telur goreng tanpa kicap dan kini terdapat pelbagai jenama kicap terjual di pasaran salah satunya kicap Mahsuri.
Namun baru-baru ini, timbul satu dakwaan daripada seorang wanita menerusi satu video di TikTok yang mendakwa kicap Mahsuri merupakan produk buatan orang bukan Muslim dan beliau juga meragui status halal kicap jenama ini halal atau haram (syubhah) untuk dimakan.
Correction:
1) Kicap Mahsuri adalah pemegang sijil Halal Malaysia yang SAH di bawah syarikat Mahsuri Food Sdn. Bhd.
2) Untuk mendapatkan sijil Halal, sebuah syarikat tu akan melalui beberapa process seperti permohonan di MyEHALAL, dan setiap perkara hendaklah… (1) pic.twitter.com/vVCGtExjkQ
— Ubaidah Ali's High Flying Birds (@ubaaidahali) July 9, 2021

Susulan tularnya video tersebut, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @ubaaidahali tampil untuk memberi penjelasan dengan bukti kukuh bahawa kicap Mahsuri sebenarnya produk yang halal dimakan dan telah menerima sijil status Halal Malaysia yang disahkan oleh JAKIM di bawah syarikat Mahsuri Food Sdn. Bhd.
… Malaysian Standard MS 1500:2019 (Digunapakai untuk skim produk makanan), MPPHM 2020, MHMS 2020.
4) Sekiranya syarikat yang memohon melepasi segala syarat yang telah ditetapkan, barulah pihak JAKIM akan meluluskan permohonan pensijilan Halal mereka.
— Ubaidah Ali's High Flying Birds (@ubaaidahali) July 9, 2021
Kecewanya apabila wanita tersebut turut ‘menuding jari’ dan memfitnah bahawa kilang pemprosesan produk syarikat Mahsuri Food Sdn. Bhd. diragui kesuciannya dari segi kebersihan penghasilan produk dan urusan jual beli kerana ia kononnya merupakan perniagaan orang bukan Muslim.
“Bila kita sebut orang Cina ni faham-faham je (saja) lah thaharah (kebersihan) dan mualamatnya (urusan jual beli) macam mana,” ujar wanita tersebut.
Ini jelas telah menimbulkan fitnah dan ‘sudah terang lagi bersuluh’ kerana pihak JAKIM sendiri yang mengiktirafkan serta menguruskan pemberian sijil halal kepada Mahsuri Food Sdn. Bhd.
…orang Islam. Di sini saya sertakan gambar dari portal Halal sendiri.
6) Syubhah? FITNAH sekali lagi. Jangan sesenangnya menjatuhkan hukum syubhah ke atas sesuatu produk yang telah disahkan dan diperakui Halal oleh badan berautoriti di Malaysia. pic.twitter.com/JUFBAuuPaw
— Ubaidah Ali's High Flying Birds (@ubaaidahali) July 9, 2021
9) Sebagai pesanan. Kalau tak pasti akan sesuatu perkara, selidik dahulu. Atau tanyalah kepada golongan ahlinya.
Akhir sekali, mohon tuan punya video permohonan maaf kepada pihak Mahsuri dan pihak JAKIM kerana memfitnah.
— Ubaidah Ali's High Flying Birds (@ubaaidahali) July 9, 2021
Susulan itu, @ubaidahali mengemaskini untaian (thread) Twitter miliknya hari ini dengan memuat naik foto yang bertulis satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahsuri Food Sdn. Bhd. berhubung isu keraguan status halal seperti yang didakwa oleh wanita tersebut.
Update: Pihak Mahsuri hari ini sudah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan status Halal produk keluaran mereka.
Semoga ini dapat menghentikan segala kekeliruan terhadap mereka. pic.twitter.com/1dOInjnUBH
— Ubaidah Ali's High Flying Birds (@ubaaidahali) July 12, 2021
Oleh itu, orang ramai terutamanya wanita tersebut dinasihatkan supaya jangan menyebarkan berita yang tidak sahih lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan isu halal dan haram makanan kerana ia amat sensitif bagi orang Islam.
Berharap wanita tersebut segera sedar dengan kesilapan yang beliau lakukan dan memohon maaf secara terbuka kepada JAKIM dan Mahsuri Food Sdn. Bhd. kerana telah menimbulkan fitnah dalam kes ini.
Bisnes jatuh disebabkan berita palsu, sos jenama Aminah Hassan kembali semula. Klik pautan di bawah untuk membaca.
Jatuh Kerana Berita Palsu, Sos Aminah Hassan Kembali Berdiri Semula
Terima Botol Kicap Pecah Di Jepun, Cap Kipas Udang Sedia Tawarkan Ganti Rugi
‘Nasi Goreng, Kicap Manis, Terima Kasih’ – Bebelan Minions Dalam Bahasa Malaysia Curi Perhatian
- SUMBER
- Twitter Ubaidah Ali