Perbualan admin Gerakan Post-Mortem COVID-19 (GPMC), Kabul Idris dan seorang pesakit COVID-19 di unit rawatan rapi secara ‘live’ telah mendapat perhatian ramai semalam. Menerusi ‘live’ tersebut, pesakit itu bernama Affendy Mohd Yusof mendakwa ‘dipaksa’ tinggal di hospital Pulau Pinang walaupun kelihatan sihat.

Menurut Affendy Mohd Yusof, dirinya datang ke hospital untuk saringan COVID-19 sebelum dirinya dipaksa dimasukkan dalam ICU dimana pihak hospital mengatakan kadar oksigen dirinya rendah. Lantaran itu, Affendy telah menghubungi pihak GPMC untuk meminta bantuan agar dapat keluar daripada hospital.

Lantaran itu, Kabul Idris mengatakan bahawa Affendy kelihatan baik sahaja kerana boleh bercakap secara ‘live’ dan nasihatkan Affendy untuk minta isterinya bawa dia pulang ke rumah. Malah, Kabul mengatakan akan cuba membantu Affendy sehabis baik untuk keluar hospital.

Untuk pengetahuan anda, Affendy telah menghubungi pihak GPMC untuk membantu dirinya yang ditahan di dalam ICU dan juga mendakwa dirinya tidak diberikan makanan selama 4 hari sejak dimasukkan ke ICU. Difahamkan, Affendy tidak mengambil vaksin dan mendakwa mungkin itu sebenarnya sebab dirinya ditahan dalam ICU.

Hal tersebut meraih perhatian netizen dan rata-rata netizen mengatakan jika pesakit tersebut merasakan ‘sihat’ bolehlah tandatangan borang ‘At Own Risk Discharge’ (AOR) dimana merujuk kepada discaj yang berlaku sebelum doktor yang merawat mengesyorkan pesakit diberikan status discaj.

Bukan itu sahaja, para netizen turut bengang dengan ‘nasihat’ yang diberikan oleh Kabul Idris dimana mahu Affendy dibantu segera agar dapat keluar daripada hospital. Malah, para netizen turut mengatakan jika tidak percaya akan perubatan kenapa pergi ke hospital pada awalnya.

Hal tersebut turut mendapat perhatian pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa pesakit tersebut dimasukkan ke ICU kerana disahkan positif COVID-19 tahap 4.

Hasil pemeriksaan awal menunjukkan penurunan kadar oksigen dalam darah pesakit pada tahap membimbangkan dan rawatan terapi oksigen sudah dijalankan.

Akan tetapi, pemeriksaan lanjut mendapati keadaan pesakit bertambah kritikal dan perlu distabilkan menggunakan bantuan pernafasan ventilator. Walaupun pesakit dan ahli keluarga sudah dijelaskan akan keadaan kritikal terbabit tetapi pesakit tetap menolak untuk menerima rawatan dan berkeras mahu pulang atas risiko sendiri.

Pihak hospital tidak dapat membenarkan pesakit pulang ke rumah kerana bimbang akan risiko pesakit menyebarkan COVID-19 kepada orang lain serta keadaan pesakit yang kritikal.

Menjawab dakwaan tidak diberikan makan selama 4 hari, pihak hospital menafikan perkara terbabit dan mengatakan pesakit di ICU diberikan makanan dalam bentuk cecair seperti susu untuk memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan komplikasi.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan vaksin pada pautan di bawah ini.

Melawan Teori Anti Vaksin Yang Kaitkan Pesawat OneWorld Dengan ‘Agenda Dajjal’

Bekas Ketua Gangster Australia Dakwa Vaksin Penyebab Kematian?