Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Apabila berbicara mengenai aplikasi TikTok, pasti ramai yang sudah terfikirkan pelbagai cabaran yang sudah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Seperti cabaran yang tular baru-baru ini yang dikatakan semakin mendapat perhatian umum, ‘Jemimah Challenge’.

Bagi anda yang kurang  jelas, ‘Jemimah Challenge’ ini merupakan gelagat umum menyanyikan lagu bertajuk Cinta Dalam Hati yang pernah dinyanyikan oleh penyanyi berkumpulan, Ungu dari Indonesia.

Tetapi pernahkah anda terfikir siapa pemilik bagi nama tersebut serta mengapa cabaran ini menjadi trend di kalangan masyarakat Malaysia?

Siapa itu Jemimah?

133865276_876208579815560_6182740136144186443_n

Untuk menjawab persoalan ini, ianya difahamkan telah dikaitkan dengan salah seorang peserta bagi Indonesian Idol yang bernama Juanita Jemimah Cita atau lebih dikenali sebagai Jemimah Cita.

Beliau telah dikenali ramai kerana memiliki nada suara yang tinggi serta suara yang unik sewaktu mendendangkan lagu bertajuk Cinta Dalam Hati tersebut.

Turut menarik perhatian umum apabila peserta yang berumur 21 tahun itu menyanyikan lagu tersebut dengan gaya beliau yang tersendiri membuatkan lagu tersebut berbeza dengan versi asli iaitu yang dinyanyikan kumpulan Ungu suatu ketika dahulu.

Tidak cukup dengan itu pada 30 Januari yang lepas, video yang berdurasi enam minit itu dipercayai telah ditonton lebih dari 10 juta tontonan di laman Youtube membuatkan video tersebut secara tidak langsung menjadi video yang sering ditonton umum sepanjang program Indonesian Idol ditayangkan.

Mengapa cabaran ini tular

Bagi menjawap persoalan mengapa cabaran ini tular dan semakin menjadi ikutan ramai, ianya difahamkan sedikit sebanyak telah dipengaruhi dengan gaya nyanyian Jemimah.

Pada mulanya sebahagian daripada mereka telah menggunakan nyanyian beliau sebagai bunyi latar dalam menghasilkan sesebuah video. Setelah trend tersebut semakin diikuti ramai, rata-rata daripada mereka telah bertindak memuat naik video di mana mereka sendiri telah menyanyikan lagu tersebut tetapi mengikut versi Jemimah.

Sehingga kini ramai pihak masih tertanya-tanya akan siapa yang mencetus cabaran tersebut. Walaupun begitu, Jemimah telah mengucapkan terima kasih pada mereka yang telah turut serta melakukan cabaran tersebut di laman Instagram beliau.

Turut mendapat sambutan dari artis tempatan

Di samping itu, cabaran ini dilihat telah berjaya mempengaruhi artis-artis Malaysia untuk turut serta menyanyikan lagu tersebut dengan cara mereka yang tersendiri hingga berjaya membuat cabaran tersebut terkenal di kalangan umum.

Antara artis-artis tempatan yang telah turut serta dalam melakukan cabaran tersebut ialah Ernie Zakri, Vanessa Reynould, Aina Abdul, Ismail Izzani, Lan Solo serta ramai lagi.

Baca perkongsian kami yang sebelum ini berjaya ‘trending’ di The Vocket melalui pautan di bawah.

‘Boss Susu’ Jawab Isu Pegangan Saham Yang Kecil Bersama Syarikat Tenusu

Bermula Dengan Amaran, Laman Web Kerajaan Malaysia ‘Diserang’ Anonymous Malaysia

Barang Pecah Dan Salahkan Syarikat Kurier, Netizen ‘Sekolahkan’ Pembeli Tuduh Tidak Berasas

 

Anda Mungkin Suka