Sebelum memulakan perjalanan, pasti kita akan memastikan segala kelengkapan berjalan lancar. Sebelum ini, lorong tambah nilai Touch n Go turut telah ditutup pada 5 November 2019 yang lalu.

Pastinya ramai yang menimbulkan rasa kebimbangan jika tidak cukup baki. Terbaharu, kecoh di media sosial apabila seorang pengguna Twitter berkongsi kepentingan butang intercom jika baki kad Touch n Go tidak mencukupi.

10762254_1_jpeg83b5009e040969ee7b60362ad7426573
HYPE
Seharian Tanpa Cas Dan ‘Powerbank’, Ini Review Jujur Kami Tentang HUAWEI Y9s
Baca lagi →

Menerusi perkongsian tersebut, jika anda menekan butang interkom tersebut akan ada pekerja di plaza tol yang akan datang membantu. Menurutnya lagi, pegawai PLUS berpesan agar tidak membahayakan nyawa dengan melintas dari lorong ke lorong kerana bertentangan dengan SOP PLUS.

Akan tetapi, perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai pihak. Rata-rata netizen mengatakan bahawa walaupun mereka telah menekan butang intercom, akan tetapi tiada pekerja plaza tol yang datang dan mereka terpaksa keluar kereta pergi ke pondok tol yang ada jurutol.

Malah, ada juga yang mengatakan bahawa sesetengah plaza tol tidak memaparkan baki dan menyusahkan para pengguna. Selain itu, netizen juga mendakwa bahawa bukan salah Touch n Go sepenuhnya kerana di beberapa plaza tol boleh ditolak terus menerusi e wallet tidak seperti plaza tol milik Plus.

Pastinya perkara ini sering berlaku dan masih tiada lagi jalan penyelesaiannya. Apakah pandangan anda mengenai isu ini?

Sebelum ini, netizen meluahkan perasaan apabila lorong tambah nilai Touch n Go bakal tutup semua lorong. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Tutup Semua Lorong Tambah Nilai Touch ‘n Go, Netizen Tampil Luah Perasaan

Lorong Tol Tambah Nilai Touch ‘n Go Bakal Dihentikan Bermula 5 November

Anda Mungkin Suka