Kes penganiayaan terhadap haiwan kini dilihat semakin parah dalam kalangan masyarakat kita. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, jumlah penderaan terhadap haiwan meningkat sebanyak 30% (Jan-Jun 2019) berbanding tahun 2017.

Sejak kebelakangan ini, trend mewarnakan haiwan dilihat semakin rancak dipercayai dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Terdahulu, kita sering lihat anak ayam bewarna dijual di pasar-pasar tani.

Namun, perbuatan mewarna haiwan ini boleh mengundang kepada kemudaratan dan keracunan toksik terhadap haiwan dan menjejaskan kesihatan makhluk tersebut.

Mengikut beberapa foto yang dimuat naik oleh Persatuan Haiwan Malaysia- Malaysia Animal Association, seekor anjing yang berkeliaran dilihat berwarna hijau dipercayai diwarnakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Selain itu, seekor kucing juga dilihat menerima nasib yang sama apabila tubuhnya diwarnakan dengan warna biru. Perbuatan tersebut sebenarnya boleh menyebabkan haiwan itu mati ekoran keracunan toksin cat yang meresap ke dalam badan melalui kulit.

Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai netizen. Rata-rata netizen kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab ke atas haiwan-haiwan yang tidak bersalah ini.

Sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras, jangan melakukan kezaliman ke atas haiwan-haiwan yang tidak bersalah ini.

Baru-baru ini, Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 34 bulan dan denda RM40,000 terhadap pesalah yang membunuh kucing di sebuah kedai dobi. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Lelaki Bunuh Kucing Terima Hukuman Penjara 34 Bulan Dan Denda RM40,000

Pengerusi Masjid Lavender Height Senawang Bunuh Anjing Menggunakan Racun?

Perempuan Bertudung Ini Berusaha Menyelamatkan Anjing Liar