Semalam, mahkamah telah mengekalkan hukuman penjara lima tahun dan denda RM210 juta terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas tuduhan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Lantaran itu, tular spekulasi di media sosial apabila ada yang mendakwa najib akan nerima layanan istimewa disebabkan status yang dipegangnya. Malah, gambar sel penjara mewah juga jadi bualan netizen didakwa akan menjadi sel penjara untuk Najib.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi gambar terbabit, dapat dilihat sel penjara yang lengkap dengan perabot dan terlihat sangat selesa. Isu tersebut telah meraih perhatian ramai dan dalam satu kenyataan rasmi di Facebook, pihak Jabatan Penjara Malaysia meminta agar netizen hentikan penyebaran maklumat palsu sekaligus menafikan dakwaan layanan istimewa.

Pihak Jabatan Penjara Malaysia turut menegaskan bahawa semua banduan akan dilayan sama rata. Untuk pengetahuan anda, gambar sel penjara yang mewah itu sebenarnya gambar sel penjara di Switzerland.

Gambar penjara mewah yang tular di media sosial.

Menerusi laporan, gambar tersebut adalah sel di Penjara Champ-Dollon, Switzerland yang lengkap dengan perabot seperti katil, almari dan sebagainya serta dilengkapi dengan bilik air peribadi.

Difahamkan, penjara tersebut lebih mmemberikan tumpuan untuk proses pemulihan berbanding melayan mereka seperti banduan. Oleh itu, penjara terbabit kelihatan cantik seperti membawa ‘vibes’ seperti dalam asrama ‘mewah’.

Sementara itu, Najib dikhabarkan pernah pujuk Rosmah dengan membeli jam tangan yang mahal di Hawaii. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Najib Pernah Pujuk Rosmah Dengan Jam Tangan Chanel Bernilai RM600,000 Di Hawaii

Lihat Bagaimana Reaksi Penyokong Najib Bila ‘Bossku’ Dijatuhkan Hukuman Penjara 12 Tahun