Dengan kes wabak COVID-19 kini diisytiharkan menjadi pandemik dan bilangan kes meningkat naik berkali ganda, face mask atau topeng muka kini dilihat menjadi rebutan masyarakat di seluruh dunia.

Pemakaian face mask dan hand sanitizer adalah sebagai langkah pencegahan untuk mengelakkan daripada dijangkiti virus berbahaya itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimanapun, di saat orang ramai sedang mencuba untuk mendapatkan bekalan topeng muka ini, ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab dilihat cuba mengambil kesempatan dalam kesusahan.

Seperti dikongsikan oleh pengguna-pengguna media sosial sejak semalam di mana terdapat individu yang cuba untuk mengitar semula topeng muka yang telah digunakan.

Menurut kiriman-kiriman ini, golongan tidak bertanggungjawab ini dikatakan membasuh topeng-topeng muka ini sebelum menjemur untuk tujuan digunakan kembali.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tujuan sebenar inidividu-individu ini mengitar semula topeng muka ini- sama ada untuk kegunaan peribadi ataupun dijual kembali kepada orang ramai.

Tindakan mereka-mereka ini yang mengitar semula topeng-topeng muka dalam kuantiti yang banyak ini kemudiannya turut menerima reaksi yang tidak baik dalam kalangan netizen.

Seorang pengguna Twitter menggesa agar orang ramai mengambil langkah lebih berhati-hati dengan mengoyakkan topeng muka yang telah digunakan bagi mengelakkan ia dikutip oleh inidividu tidak bertanggungjawab.

Malah, ada juga yang berpendapat perkara ini bukanlah sesuatu yang baru dan menurutnya ia hampir sama dengan apa yang telah terjadi kepada penyedut minuman di kedai-kedai makan sebelum ini.

Jika mereka mengitar semula topeng-topeng muka ini untuk dijual kembali di pasaran, mereka sebenarnya bukanlah yang pertama untuk cuba berbuat demikian.

Pada awal Mac lalu, sebuah kilang kitar semula di wilayah Saraburi di Thailand pernah diserbu pihak polis kerana cuba mengitar semula topeng muka yang telah digunakan.

thau

Mereka dilaporkan cuba untuk seterika kembali topeng yang telah digunakan ini sebelum memuatkan kembali ke dalam kotak-kotak yang telah disediakan bagi membuatkan ia kelihatan seperti baru.

Kilang tersebut mendedahkan mereka mendapat bekalan topeng muka yang telah digunakan dari sumber yang tidak diketahui dan setiap pekerja boleh di sana boleh mengitar sehingga 400 keping topeng muka sehari.

Perbuatan individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini sangatlah dikesali kerana topeng muka yang telah digunakan sudah pastinya telah terdedah kepada persekitaran dan mungkin mempunyai kuman yang boleh membahayakan kesihatan.

Tindakan mereka ini juga tidak ubah seperti menangguk di air yang keruh dengan situasi wabak COVID-19 yang semakin meruncing terutamanya di negara kita dengan 190 kes baru yang telah dicatatkan pada semalam.

Tahukah anda, pakar menjangkakan lebih ramai ahli masyarakat yang  akan diisytiharkan muflis berbanding meninggal akibat daripada penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia.

Kesan COVID-19, Pakar Jangka Lebih Ramai Muflis Berbanding Maut

Wabak Merebak Terlalu Pantas, WHO Isytiharkan COVID-19 Sebagai Pandemik

Penganut Hindu Di India Minum Air Kencing Lembu, Percaya Mampu Sembuhkan COVID-19