Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Berdasarkan laporan daripada Sinar Harian, telah tular sekali lagi isu kain rentang anti Jawi yang digantung pada pagar beberapa Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Melaka.

Menurut Exco Pendidikan, Modal Insan, Sains dan Inovasi Negeri, Datuk Noor Effandi berkata, pihak berkenaan didakwa mencetak kain rentang dalam jumlah yang banyak sebelum menggantungnya di pagar sekolah ketika pihak pengurusan sedang cuti.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Sumber: Sinar Harian

Katanya lagi, pihaknya sedang menunggu laporan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah berkenaan isu tersebut.

Perumpamaan “Baling batu, sembunyi tangan,” adalah perumpamaan yang sesuai digunakan dalam situasi ini. Dipercayai terdapat pihak ketiga yang melakukan perkara tersebut tanpa pengetahuan pihak pengurusan sekolah terbabit.

Noor Effendi memberi amaran keras kepada individu yang melakukan ini agar segera menghentikan perbuatan yang boleh memecah belah masyarakat di Melaka khususnya.

Baru-baru ini, Juventus mengeluarkan jersi edisi khas dengan kaligrafi tulisan jawi. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Juventus Keluarkan Jersi Edisi Khas Dengan Kaligrafi Tulisan Jawi

Tulisan Jawi Semakin Dilupakan Bangsa Sendiri

Anda Mungkin Suka