Semalam baru sahaja diumumkan keputusan bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi pelajar darjah 6. Pelbagai berita gembira mahupun sedih dikongsikan di media sosial. Namun perkongsian nenek ini mengenai cucunya mengundang kesedihan buat netizen.

Ketika pelajar-pelajar yang lain meraikan keputusan yang diperoleh bersama ibu bapa masing-masing, cucu kepada Aishah Mat Akat pergi ke pusara ibunya yang telah meninggal dunia sejak dia kecil lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pelajar yang bernama adik Ila ini memilih untuk ke pusara ibunya bagi berkongsi keputusan yang diterimanya itu bersama arwah ibunya. Apa yang membuatkan netizen sebak ialah apabila adik Ila menitis air mata ketika membaca keputusan tersebut dihadapan pusara ibunya semalam.

Sumber: Facebook Aishah Mat Akat

Rata-rata netizen berasa sebak dengan perkongsian tersebut. Ramai yang memberikan sokongan dan dorongan moral kepada adik Ila ini. Mereka juga turut mendoakan supaya adik Ila ini terus berjaya di masa akan datang.

Screenshot (528)

Diharapkan adik Ila terus tabah dan terus berusaha untuk mencapai kejayaan pada masa hadapan. Buat para pembaca, hargailah peluang yang masih ada bersama tersayang. Sesungguhnya rindu yang tiada penghujung ialah rindu kepada orang yang telah pergi.

Dikepilkan beberapa artikel berkaitan dengan keputusan UPSR. Klik pautan di bawah untuk maklumat tambahan.

Keputusan UPSR Hari Ini, 10 Persediaan Mental Untuk Ibu Bapa

Keputusan UPSR Teruk Tapi Akhirnya Ini Yang Telah Saya Capai

Dapat 6E Pun Masuk Sekolah Menengah, Ini Sebab Utama Kenapa Perlu Cemerlang Dalam UPSR