Sebelum ini tular gambar Bukit Broga sesak dengan pengunjung di media sosial pada hujung minggu. Perkara tersebut mendapat perhatian ramai pihak dan menjadi kebimbangan ramai orang.

Berikutan itu, Bukit Broga yang terletak di Semenyih, Selangor itu akan ditutup selama 2 minggu bermula 27 Jun 2020 daripada sebarang aktiviti pendakian. Hal ini terjadi disebabkan oleh pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di kawasan rekreasi tersebut.

Menurut laporan Harian Metro, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hulu Langat Yusri Zakariah berkata, mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Selangor hari ini bersetuju menutup kawasan rekreasi berkenaan.

Untuk pengetahuan anda, Bukit Broga yang berada di bawah seliaan MPKJ itu tidak menempatkan pegawai secara khusus di sana kerana kawalan ke laluan masuk dilakukan pemilik tanah serta pengendali parkir.

Buat anda di luar sana yang ingin ke tempat rekreasi atau ke mana sahaja, anda haruslah mengamalkan penjarakkan sosial dan mematuhi SOP yang ditetapkan untuk mengelakkan penyebaran dan perkara sebegini terjadi lagi. #KitaJagaKita

Disebabkan Bukit Broga bakal ditutup, kami kongsikan beberapa destinasi menarik di sekitar Selangor yang anda boleh kunjungi. Klik pautan di bawah ini.

5 Sebab Kuala Langat Jadi Destinasi ‘Day Trip’ Yang Unik Dan Terbaik Buat Warga Kota

Pengalaman Mengembara Ke Galaksi Bima Sakti Di Kaki Langit Kuala Kubu Bharu

Cuma 24km Dari Kuala Lumpur, Resort Taman Rimba Komanwel Rawang Tawar Pengalaman Unik Buat Pengunjung

Sumber