Baru-baru ini tular perkongsian video di media sosial yang memaparkan seorang lelaki dan dikatakan sebagai CEO salah sebuah syarikat terkemuka melemparkan kata-kata kesat dan kurang sopan ketika sedang bermesyuarat.

Antara perkataan yang digunakan adalah seperti celaka kamu dalam Bahasa Inggeris yang merujuk kepada perbincangan mereka dalam mesyuarat berkenaan yang dirakam dan kemudiannya dikongsikan kembali netizen.

Bukan sahaja dikongsikan malah semakan yang dibuat netizen juga mendapati individu berkenaan yang menggunakan perkataaan kurang sopan ketika bermesyuarat itu adalah berkait dengan syarikat TH Properties.

Mengambil maklum mengenai penyebaran video tersebut, pihak syarikat TH Properties Sdn. Bhd pada semalam akhirnya mengeluarkan satu kenyataan untuk menjelaskan mengenai perkara berkenaan.

Menurut kenyataan berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Encik Damanhuri Mahmod yang dirakam dalam video berkenaan dilaporkan telah memohon maaf atas tindakannya sebelum ini.

“Perlakuan saya tidak mencerminkan nilai syarikat dan saya mohon maaf.

“Kami akan berusaha untuk berubah ke arah yang lebih positif untuk mewujudkan persekitaran kerja yang lebih harmoni bagi warga TH Properties,” katanya.

Pihak mereka juga pada masa sama turut menyatakan kekesalan dengan pengambilan dan penularan video berkenaan di media sosial.

Ini kerana menurut mereka, mesyuarat berkenaan memaparkan perbincangan mesyuarat dalaman pengurusan syarikat.

“TH Properties kesal dengan pengambilan dan penyebaran video mesyuarat yang hanya melibatkan kakitangan pengurusan terpilih ini kerana jelas bertentangan dengan polisi syarikat,” jelas kenyataan berkenaan.

Baca juga perkembangan semasa dalam negara yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah.

Tular Hingga Ke Seberang, Netizen Indonesia Turut Tidak Senang Dengan Video ‘Instafamous’ Terkenal

Dr Zulkifli Nasihat Pendakwah Jaga Diri, ‘Tok Sey’ Dengar Kes Cabul Di 2021

Warga Malaysia Ini Jadi ‘Pesakit Paling Sunyi’ Di Hospital Australia

Sumber