Sebelum ini, usahawan muda yang juga selebriti media sosial, Hafiz Mahamad banyak berkongsi kisah seorang sahabat sejatinya di laman sosial. Kisahnya bersama sahabatnya itu telah menarik perhatian ramai pihak.

Akan tetapi, kita dikejutkan dengan berita pemergian sahabat baiknya itu baru-baru ini. Hafiz berkongsi video perjalanannya ke kediaman rakan karibnya yang telah meninggal dunia dan juga sempat merakam pengebumian rakannya.

BeFunky-collage-42
HYPE
Pengalaman Berharga, McDonald’s Tawar Peluang Untuk Anda ‘Spend Time’ Bersama Finalis AJL 35
Baca lagi →

Berikutan perkongsian itu, rata-rata netizen persoalkan tindakan Hafiz yang merakam dan juga berkongsi video tersebut. Lebih mengejutkan, video tersebut telah tular ke Indonesia.

Bukan itu sahaja, video tersebut turut mendapat perhatian sehingga disiarkan di TV Indonesia. Rata-rata netizen Indonesia turut melahirkan rasa kurang senang dan mempersoalkan tindakan Hafiz memuat naik video tersebut.

Hafiz turut menjelaskan video tersebut bukanlah ‘marketing’ atau semata-mata konten di Instagram miliknya. Apakah pandangan anda mengenai isu ini?

Sementara itu, apa kata anda baca artikel yang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Kemunculan Tandatangan Tun Mahathir Dalam Siri Drama Netflix Curi Perhatian Netizen

10 Pelakon Wanita Korea Yang Terima Bayaran Termahal Sepanjang Tahun 2020

Anda Mungkin Suka