Sekiranya anda mengikuti perkembangan semasa, pastinya anda cukup tahu berlakunya peperangan di Palestin melibatkan Zionis sehingga membuatkan rakyat Palestin terdiri daripada umat Islam terkorban.

Apabila isu Palestin hangat dibincangan, isu boikot McDonald’s and Starbucks juga pastinya akan muncul kembali. Maka dengan itu pengguna FacebookFacebook iaitu Najib Saahari tampil berkongsi fakta mengenai dakwaan yang dipercayai ramai ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Siapakah pemegang saham McDonald’s?

GHbbA1mZXEzoeEI2ctkO
Sumber: mcdonald’s malaysia

10 pemegang saham terbesar McDonald’s iaitu Vanguard Group, SSGA Fund Management, Blackrock, Wellington Management, Geode Capital, Northern Trust Investment, Norges Bank, T.Rows Price Associate, JP Morgan dan Morgan Stanley.

Siapakah pemegang saham Starbucks?

10 pemegang saham terbesar Starbucks pula terdiri daripada Vanguard, Blackrock, Ssga fund management, Magellan Asset Management, Geode Capital, Northern trust investment, Fidelity, Loomis, Sayles and co, Polen Capital Management dan Norges Bank.

Maka daripada senarai pemegang saham yang disenaraikan di atas, 10 pemegang saham terbesar itu kesemuanya syarikat pengurusan aset atau dalam erti kata lain syarikat unit trust.

Adakah benar Starbucks dan McDonald’s menyumbang kepada tentera Israel ?

0jd4os3gk4dy
Tidak mahu papar logo wanita, Starbucks Saudi hadir dengan logo berbeza. Sumber: Reddit

Berkenaan Starbucks tidak benar. Surat yang tular mengatakan CEO Starbucks sokong Israel adalah surat palsu yang ditulis oleh Andrew Winkler. Beliau sendiri dah mengaku yang surat tu hanyalah troll sahaja.

Tahukah anda di Amerika Syarikat Starbucks kena boikot juga sebab kononnya Starbucks tidak menyokong ketenteraan Amerika Syarikat. Benda ini juga palsu sebab orang sebarkan email palsu.

Dalam erti kata lain, kedua-dua pihak mengecam Starbucks. Sebuah pihak dakwa konon sokong Yahudi manakala sebuah pihak lagi dakwa konon tidak menyokongAmerika Syarikat. Kedua-dua palsu. Kebenaranya ialah Starbucks tidak menyokong sebarang political movement dan cuma menjual kopi sahaja.

SBX20191021-Team-Rubicon-3-1024×683
Sumber: Starbucks stories

Walau bagaimanapun, Starbucks disahkan membuat sumbangan 25sen untuk setiap cawan kopi untuk kesihatan mental askar veteran. Itu sahaja sumbangan yang Starbucks ada buat.

Mcdonald’s pula bagaimana? Mcdonald’s terang-terang tidak menyokong agenda Zionis. Mcdonald’s Israel pilih untuk tidak membuka cawangan di kawasan sempadan Palestin.

Mcdonald’s malah sedarkan Israel untuk tidak masuk dalam kawasan di mana Palestin ada penguasaan. Benda ini menyebabkan veteran tentera Israel turut melancarkan gerakan boikot terhadap jenama ini.

Tular pada minggu ini apabila kumpulan hacker dari Malaysia muncul wira selepas berjaya menggodam pengkalan data Israel.

Lancar #OpsBedil, ‘Hacker’ Dari Malaysia Muncul Wira Selepas Berjaya Godam Pengkalan Data Israel

Kumpulan Rage Against The Machine Dikecam Peminat Kerana Sokong Palestin