Sebuah video jadi bualan ramai apabila menunjukkan seorang pensyarah dari IPTA tempatan yang sedang mengajar menerusi Google Meet memperlekeh seorang pelajar daripada golongan B40.

Video tersebut tular sejak semalam dan menjadi perhatian orang ramai. Lantaran itu, pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM) tampil memberikan kenyataan rasmi berhubung isu tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut kenyataan tersebut, pihak UiTM akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pensyarah kontrak yang tular memperlekehkan seorang pelajar B40 yang tidak mempunyai komputer riba dipercayai berlaku ketika sesi kelas atas talian.

Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor, berkata pihaknya kini meneliti tindakan yang akan diambil terhadap pensyarah itu. Tambahnya, insiden terbabit berlaku pada semester lalu tetapi ia baru ditularkan semalam.

Menurutnya, wanita itu adalah pensyarah yang bagus dan mungkin berlaku sedikit kesilapan mengenai tindakannya memarahi pelajar berkenaan. Dalam pada itu, universiti itu amat mengutamakan kebajikan seluruh warganya khususnya pelajar dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik bagi persekitaran pendidikan yang kondusif.

Sehubungan itu, Roziah juga menyeru kepada para pelajar yang berhadapan dengan sebarang masalah agar dapat berhubung dengan pihak fakulti dan universiti untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan yang sewajarnya bagi membantu melancarkan proses pembelajaran.

Bagi anda yang terlepas isu ini, klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Perlekeh Pelajar Daripada Golongan B40, Kenyataan Pensyarah IPTA Ini Undang Kemarahan Netizen

Tidak Sengaja Calarkan Kereta Dengan Basikal, Tindakan Wanita Ini Pukul Rider Bikin Netizen Bengang

Sumber