Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial beberapa gambar pelanggan wanita sedang mencuba pakaian di fitting room dipercayai berlaku di sebuah butik terkemuka yang dirakam melalui kamera pengintip didedahkan oleh seorang pengguna Twitter.

Difahamkan, individu yang melakukan perbuatan tersebut turut menjual video-video tersebut secara terbuka melalui sebuah aplikasi dan hal ini telah mengundang keresahan orang ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Susulan itu, mangsa-mangsa yang mendapati diri mereka dirakam telah menghubungi pengguna Twitter tersebut dan mengatakan bahawa mereka adalah orang yang dirakam. Lantaran itu, pengguna Twitter tersebut meminta agar mangsa membuat laporan polis berhubung kes ini.

Tular juga dakwaan bahawa butik terkemuka itu adalah H&M yang terletak di Avenue K. Terbaharu, pihak polis telah menjalankan siasatan atas rakaman CCTV di bilik persalinan sebuah pusat membeli-belah yang tular.

https://twitter.com/meleisgw/status/1612856540456955904

Bukan itu sahaja, laporan polis turut dibuat pihak keselamatan sebuah premis di Jalan Imbi dan hasil siasatan awal, pihak polis mendapati premis pengadu bukanlah lokasi sama seperti yang tular tapi di lokasi lain.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya menasihati orang ramai supaya tidak melakukan perkara yang melanggari undang-undang. Perbuatan terbabit adalah suatu kesalahan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.