Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial beberapa gambar pelanggan wanita sedang mencuba pakaian di fitting room dipercayai berlaku di sebuah butik terkemuka yang dirakam melalui kamera pengintip didedahkan oleh seorang pengguna Twitter.
Artikel Berkaitan:
- Seorang Lelaki Mengamuk Gara-Gara Mendakwa Kamera CCTV Milik Jiran ‘Intai’ Privasi Rumahnya
- CCTV Dengan ‘Face Recognition’ Bakal Bantu Kurangkan Jenayah Di Selangor
- Diminta Dedahkan Rakaman CCTV ‘Tuduhan’ Mencuri, Ini Respon Daripada Pengurus 7-Eleven
Difahamkan, individu yang melakukan perbuatan tersebut turut menjual video-video tersebut secara terbuka melalui sebuah aplikasi dan hal ini telah mengundang keresahan orang ramai.
Susulan itu, mangsa-mangsa yang mendapati diri mereka dirakam telah menghubungi pengguna Twitter tersebut dan mengatakan bahawa mereka adalah orang yang dirakam. Lantaran itu, pengguna Twitter tersebut meminta agar mangsa membuat laporan polis berhubung kes ini.
Tular juga dakwaan bahawa butik terkemuka itu adalah H&M yang terletak di Avenue K. Terbaharu, pihak polis telah menjalankan siasatan atas rakaman CCTV di bilik persalinan sebuah pusat membeli-belah yang tular.
Update 1 🚨🚨🚨🚨
Salah sorang mangsa dalam video dah reach dm i, beliau mengesahkan kejadian berlaku di H&M Avenue K pada bulan October 2022 lepas, ada membeli baju dan ada resit dan ada gambar beliau memakai baju sama dalam video tersebut pic.twitter.com/fx2gBItYSi— 𝓝𝓲𝓼𝓱𝓪𝓮 (@meleisgw) January 10, 2023
Bukan itu sahaja, laporan polis turut dibuat pihak keselamatan sebuah premis di Jalan Imbi dan hasil siasatan awal, pihak polis mendapati premis pengadu bukanlah lokasi sama seperti yang tular tapi di lokasi lain.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya menasihati orang ramai supaya tidak melakukan perkara yang melanggari undang-undang. Perbuatan terbabit adalah suatu kesalahan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.